Perjalanan Hidupku...
Alhamdulilah sekarang dah masuk hujung
tahun dan akan bertemu dengan tahun baru 2016. Aku bermohon yang baik2 sahaja dari
Allah atas kenikmatan hidup yang Kau kurniakan kepadaku. Ampunilah dosa hambaMu ini. Terima kasih
kerana memberi rezeki aku di Stradford International College. Aku berpeluang
menjadi pensyarah Matematik dan Ekonomi.
Betapa aku mengimbau kenangan semasa aku
masih bergelar pelajar Universiti Malaysia Sabah. Banyak kenangan manis dan
pahit telah aku lalui. Dari seorang mahasiswa aku bergelar alumni. Subhana
Allah banyak perkara yang aku pelajari. Kehidupan yang mencabar. Belajar sambil
bekerja sebagai guru mengaji di Kelas Mengaji Al-Baghdadi Kingfisher dan
menjadi guru tutor kepada Mahathir. Sabah memang tempat yang istimewa bagi aku.
Dah setahun aku meninggalkan bumi Sabah.
Terima kasih untuk pengalaman hidup yang Engkau kurniakan kepadaku. Hamba Mu
ingin berterima kasih untuk segala nikmat yang Kau berikan. Kau selalu ada saat
aku buntu,saat aku lemah , saat aku hiba, saat aku kecewa, saat aku lelah. Terima
kasih untuk semua kekuatan yang Engkau pinjamkan untuk hambaMu yg lemah ini..
Insha Allah aku niatkan pekerjaan aku
untuk meraih redaMu ya Ilahi dan redha kedua orang tuaku. Ilmu yang sangat
cetek dalam diriku akan ku kongsikan dengan para pelajarku. Permulaan yang baik
akan mendapat pengakhiran yang baik. Semuanya akan baik-baik belaka.
Ya Allah hidup dan matikanlah kami dalam
nikmat Iman dan Islam. Akhirilah pengakhiran hidup kami dengan khusnul
khatimah.. Amin ya Rabbalamin. Alhamdulilah..
Hamba Allah,

Comments
Post a Comment