MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Saturday, December 24, 2011

ukhwah kek cawan :)

terima kasih kak su...nyum2 sedap :) 
SEKILAS PANDANG …. ^_^
                Ketika sahabat bertanya kepada Rasullulah s.a.w,”Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami? Jawabnya,” Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah s.w.t , apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan tentang agama Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kehidupan di akhirat.
            Pada suatu malam yang sunyi sepi, sang unggas bertasbih memuji Ilahi tanpa berhenti.teet.teet… menandakan mesej baru masuk ke kotak mesej telefon bimbitku. Ku tekan dan kudapati peringatan untuk ke majlis taklim..Ah..nafsu ku berkata,”Buat pe pergi majlis just duduk2 n bincang then balik tak terkesan pun kat jiwa aku yang dah macam gurun Sahara nih,”.Tapi sepantas kilat imanku, menjawab “Eh mana boleh macam tuh,tak ingat ke ustaz pernah bagitahu yang setiap majlis ilmu adalah salah satu daripada taman syurga.”Alhamdulilah ku tepis nafsu ku yang tatkala bergelojak dengan bebanan assignment, ulangkaji almaklum final exam dah dekat.
                 “Tok,tok”.Pintu surau diketuk seiring dengan ucapan salam bergema,”Assalamualaikum, semua.Maaf ana lewat.” Aku bersyukur walaupun sibuk dengan urusan duniawi tapi kuserahkan urusanku kepada Ya Muqalibal Qulub (ALLAH yang membolak-balikkan hatiku ini ) yang menuntun qalbiku untuk  ke majlis ilmu.Pengisian dimulakan dengan tadabbur ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah {2:138} “(Sibgah Allah ) Siapa yang lebih baik sibgahnya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.”Mengikut tafsir ,”sibgah” bermaksud celupan.
               Menurut contoh yang disimpulkan ukhti kesayangan aku ni, celupan dapat diibaratkan bagaimana Islam meresap ke dalam jiwa kita.bayangkan seandainya , kita cicah roti kering ke dalam air teh yang panas, confirm roti tersebut akan lembik kerana berlakunya diffusion.Begitulah jua dengan agama Islam yang ku yakini kebenarannya dan bersyukur kerana terpilih menjadi khalifah di bumi ini. Islam bukan lah sekadar menyatakan ketaatan dari segi ritual sahaja malahan dari sudut abstrak yang tak dapat kita lihat iaitu menyakini adanya Allah serta kebersamaanNya bersama kita tanpa mengira keadaan kita yang sememangnya banyak diselaputi daki dosa maksiat .Nauzubillah, tiada daya dan upaya aku sebagai insan yang masih merangkak mencari mardhotillah (keredhaan Allah ) . Aku termenung panjang berada dalam zaman hedonisme semakin menanah menambah kerisauan dalam hatiku…Semuanya jelas terpampang di media cetak,laman sosial bahkan dalam siaran televisyen itu  sendiri. Aku di sini bukanlah berfikiran kolot tapi cuma cuba mengurangkan apa yang tidak perlu dalam melayan hiburan yang tiada penghujung.Tanpa teknologi mungkin Negara tidak akan maju.Terima kasih kepada Allah kerana melalui Dia manusia berupaya mencipta kereta,komputer,bangunan tinggi pencangkar langit serta banyak lagi penemuan dalam bidang sains.

                  Alhamdulilah selesai sudah sesi usrah kami yang begitu menarik dengan pengisian yang bisa memberi makanan kepada rohani. Kami sama-sama mentadabbur surah At-Taubah {9:24} Katakanlah :” Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan , perdagangan yang khuatirkan kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu CINTAI DARIPADA ALLAH & RASULNYA serta berjihad di-jalanNya , maka tunggulah sampai Allah memberi  keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk  kepada orang yang fasik.”  MasyaAllah betapa Allah cemburu kepada hambaNya yang memalingkan untuk mengejar cintaNya kerana terlalu taksub mengejar kesenangan duniawi yang hanya sementara sahaja.Mari kita telesuri kisah sirah yang unik ini. Sewaktu malaikat Izrail datang untuk menjalankan amanah mencabut nyawa Nabi Ibrahim , beliau bertanya kepada malaikat,” Adakah kekasih yang mahu membunuh kekasihnya sendiri?” Maka, Allah menurunkan wahyu sebagai jawapan ,” Adakah kekasih yang mencintainya tidak bertemu dengan kekasihnya?” Maka, berbunga hati Nabi Ibrahim tatkala mendengarkan jawapan dari Allah ini.Terus, rela sahaja meminta malaikat Izrail dengan segera mencabut nyawanya. Tidak sabar lagi bertemu dengan Allah.Simboliknya begitu tinggi. Kecintaannya kepada ALLAH terbalas dan dia sentiasa terpelihara dalam rahmatNya.

              Betapa indahnya jika kita dapat merasai bagaimana cinta yang Agung dari Allah ini.Mari menjadi hamba dalam erti kata yang sebenar sambil mengotakan janji yang pernah kita semai dulu,”Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku hanya untukMu”. Pasti kecintaan dan hubungan kita sesama manusia akan terpelihara.Hebatnya penangan cinta dari Ilahi, jika sesama manusia kita sudah mabuk rindu, mandi tak basah, tidur tak lena, apatah lagi meraih cintaNya yang sememangnya sejati serta abadi.
              Kami pun mengakhiri usrah dengan bacaan surah Al-Ansr dan tasbih kifarah diiringi doa rabitah.Memohon pada ya Rabb agar mengikat hati-hati yang terpilih pada hari ini untuk terus berdakwah di jalan mustaqim ini tanpa rasa jemu,malas serta bersungguh-sungguh menjadikan Al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidup.Ku akhiri majlis itu dengan bersalaman akhowat yang kucintai kerana Allah serta kukagumi keperibadian mereka yang memang berlandaskan celupan Allah. InsyaAllah …Tetiba terdengar namaku ku dipanggil,”Saffiyah,..Saffiyah…
               Ku berpaling lantas ukhtiku ini menuntunku ke tempat beliau.”Nah, ni tuk Saffiyah.” Sambil berbasa-basi beliau  menanya khabarku, syukur kepada ya Rabb keranaMu  terjalin  tautan hati  antara kami. Semoga melalui ikatan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah keimanan yang terjalar erat di tangkai hati.
”Terima kasih,kak Su”.Susah-susah je…Ku terima kek cawan yang comel ini ..
Indahnya jika bertemu dan berpisah kerana Allah…
p/s: Disediakan oleh Nurainin Sofia Binti Halim
       8.45pm {23 Disember 2011}
“CINTA PADA BUNGA,BUNGA AKAN LAYU,
CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,
CINTA PADA HARTA,HARTA AKAN DITINGGALKAN
CINTA  KAN ILAHI, HANYA DIA YANG KEKAL ABADI…
CINTAILAH ILAHI”  J
“CINTA PADA BUNGA,BUNGA AKAN LAYU,
CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,
CINTA PADA HARTA,HARTA AKAN DITINGGALKAN
CINTA  KAN ILAHI, HANYA DIA YANG KEKAL ABADI…
CINTAILAH ILAHI”  J

Wednesday, December 21, 2011

damba kasih MU ya Rabb

imagesCA0350JD.jpg

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
         Alhamdulilah segala puji – pujian hanya untuk Allah Tuhan  Yang Esa lagi Berkuasa terhadap makhluk-makhluknya.Bersyukur kerana dapat bernafas dan menghirup udara segar  tanpa  dikenakan bayaran serta sememangnya berada dalam negara yakni  aman dan damai  serta sejahtera dengan izinNya. Semoga aku dan mukmin serta mukminah yang lain tidak termasuk dalam golongan yang lalai.
            Allah berfirman dalam surah { al-A’raf 7:179 } “Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi) neraka jahanam itu kebanyakkannya daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengarnya. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat. Itulah orang-orang yang LALAI. Nauzubillah janganlah kita tergolong dalam golongan yang summum” , “bukmun”, dan “ummyun” : iaitu orang-orang yang tuli, bisu dan buta” kerana tidak mahu mengenali ya Rabb serta mengamalkan agama Islam secara kaafah iaitu secara keseluruhan bukannya separuh-separuh . “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan , dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. {al-Baqarah 2:208}
Ayuhlah wahai syabab harapan agama, marilah sama – sama bersatu hati keranaNya untuk menuju “mardhotillah” iaitu keredhaan Allah S..W.T.

Renung sejenak tujuan kamu ke dunia:
a)  Kenapa kamu dilahirkan ke dunia?
”Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada - Ku.” {surah At-Tur 52: ayat 56}
b)  Untuk apa?
“Barang siapa mengerjakan kebajikan , baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami berikan kepadanya kehidupan yang lebih baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan .” {surah al-Nahl 16:97}
c)  Kemana destinasi seterusnya?
Iaitu hari akhirat dimana setiap manusia diberi balasan setimpal dengan apa yang dikerjakan.
“Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).”  {surah Yasin 36: 53}

Semoga kita selamat daripada azabNya setelah diperhitungkan segala amalan di mahkamah Masyhar nanti.Wallahualam..
Disediakan oleh : nurainin sofia binti halim
6.00 ptg… { 20 Disember 2011}
Nabi SAW bersabda:

(بلغ عني ولو أية.. .. (إلى أخر حديث



Maksudnya: Sampaikan daripadaku (Nabi Muhamad) walaupun satu ayat…


Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).
{surah Al'a 87:8}