MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Saturday, February 5, 2011

NAFAS BERBAU..EWWWWWWWWWWWW~~~




ASSALAMULAKUM dan wang shang hao ni men (slmt ptg)
hari aku nak bercerita skit pasal bau mulut..opss...sensitif kan?? dah mcm2 produk keluaq utk bg harumkan mulut..tp da korang kisah?? mstlah kan..x kan nak biaq org sebelah korang tutup hdg dgn sapu tgn lak...sebenarnya bg yg Muslim amalan penjagaan gigi mmg amat ditikberatkan..bayangkan sebelum kita bersolat kt dituntut bersiwak @ gosok gigi..jgn la plak ya g solat jemaah nak2 plak lps makan makanan yg berbau spt petai, jering terus g solat..bertimbang rasalah sikit..jgn sbb anda org sebelah x khusyuk dlm solat...RAJIN2 LAH GOSOK GIGI...1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

ni adalah kelebihan bersiwak :


1.Mengharumkan mulut.
2.Mencerahkan penglihatan.
3.Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman.
4.Memerdukan suara.
5.Memfashihkan percakapan.
6.Memperhiaskan solat.
7.Menghilangkan rasa mengantuk.
8.Mendapat keredhaan Allah SWT.
9.Malaikat berbangga atau Malaikat memuji orang bersugi.
10.Menghimpun segala kebaikkan.



so apa tunggu lagi rajin2 la gosok gigi...


1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.

3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )

- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )

2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .


( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )

Friday, February 4, 2011

jom heboh di surau (TIADA SERUAN YG PENTING SELAIN SERUAN DARI ILAHI)


haaa...apa lagi kalu dah mssuk waktu fardhu solat tu..cepat2 la yer p amik air semayang..tinggalkan segala benda duniawi..nak kena listkan kat korang ker?? hehhehee jap2 ak listkan :1.laktop (confirm tgh berfacebook @ ym)
2.handphone: paham2 la x kan nak bergayut mcm monyet kat kg E kut...
3. tido: mentang2 le cuti CNY korang bedAl tido smpai tghari...heheehe
ok x mau taw ka kelebihan solat berjemaah mai nak royak, nak kata pepatah melayu kalu hampa x kenal maka x cinta :):

Kelebihan solat berjemaah



Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

Fardhu ain pada solat Jumaat;
Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.

Wallahu a’lam.

marhaban Yaum al-Jumu'ah : "selamat dtg HARI JUMMAT"

Assalamualaikum..alhamdulilah segala puji-pujian hanya utk Allah pencipta kita...
SaMA2 KITA JADI ORG org yg mukhlisin iaitu org 2 yg ikhlas terhadap hidup,amal,n ibadatnya...insyaALLAH...
SAEMOGA Allah melindungi kita dr terus terusan mengamalkan sifat mazmumah(sfat terkeji) dan smg kita setiasa terbentuk dgn sifat mahmudah (teerpuji)...insyaAllah
mari sama2 kita berta'qul :" iaitu merenung dan berfikir"..cth yg plg mdh ialah 2 nikmat yg terbesar diberikan Allah Yang Maha Pengasih : iaitu x lain x bkn nikmat 1:IMAN & 2: ISLAM.
Sama jadi org yg bersyukur APABILA BERCAKAP TTG NIKMAT(TAHHADUTH BI NI'MATILLAH")
dalam durah al-Hujarat : ayat 13 ALLAH S..WT BERFIRMAN:"Sesungguhnya org yg plg mulia antara km d sisi ALLAH ialah org yg plg bertakwa antara km".
kpdNya tempat kt meminta : Allah musta'an!!!!
semoga dapat mengaharungi liku2 hdp yg pnh berdri...
insyaAllah