MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Saturday, December 8, 2012

PALESTIN OH PALESTIN


PALESTIN KINI
OH PALESTIN..???!!!
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

TARIKH PENTING
1.    571M – Lahirnya Nabi Muhammad s.a.w
2.    621m – berlakunya mi’raj al-Aqsa.
3.    636 M – Sayyiduna Umar membebaskan Bait al-Maqdis & mengisytiharkannya tanah wakaf umat Islam.
4.    Julai 1990M - Tentera Salib menakluk Bait al-Maqdis. 70 ribu Muslim dibunuh.
5.    Okt 1187M – Pembebasan al-Quds oleh Salahuddin al-Ayubbi.
6.    Nov 1892 M –Kerajaan Uthmaniyah larang menjual tanah Palestin kpd Yahudi.
7.    Nov 1917 M – Kerajaan Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour yang menjamin pembentukan Negara bangsa Yahudi di Palestin.Bermulalah kemasukan dan penempatan Haram Yahudi di bumi Palestin (*14 Mei 1948 “Israel” ditubuhkan).
8.    1947 M - Resolusi 181 (UNSCOP 1947): 55% dari Negara Palestin diserahkan kpd Yahudi.
9.    Mei 1948 M– Pengisytiharan pembentukan Negara Israel.
10. Dis 1949 M – Pengisytiharan al-Quds sebagai ibu Negara Israel.
11. Jan 1956M – Majlis fatwa al-Azhar mengharamkan kerjasama dengan Israel.
12. Jun 1976 M – Tentera Yahudi Israel meruntuhkan dinding barat Baitul Maqdis seluruhnya dengan menghalau 650 orang Palestin.
13. Ogos 1969 – Masjid Al-Aqsa dibakar.
14. Mei 1980 M- Pengeboman Masjid al-Aqsa menggunakan TNT.
15. Jan 1981 M- Pelampau Yahudi diiringi tentera Israel menceroboh Bait al-Maqdis dan menghalang ahli jemaah daripada menunaikan solat.
16. Dis 1987 M – Intifadhah pertama bermula –Lahirnya parti Islam HAMAS.
17. Julai 1988 – Penerusan penggalian bawah tanah masjid al-Aqsa yang mengancam strukturnya.
18. Dis 1993 – Perjanjian OSLO( PLO khianati umat Islam Palestin).
19. Okt 1999 M –Ehud Mubarak mengarahkan musolla Marwan dijadikan tempat ibadah khusus Yahudi.
20. Sept 2000 – bermulanya Intifadah ke 2.
21. Jun 2003 –Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di masjid al-Aqsa.
22. 25 Jan 2006 – HAMAS membuat kejutan dalam PR dengan menguasai 60% kerusi.
23. 28 Dis 2008 – Israel menyerang GAZA (1 Muharram 1430H) Palestine
Ø  Bermulanya Intifadah ke 3.




"APAKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA,SEDANG BELUM NYATA DI ANTARA BAGI ALLAH ORANG-ORANG YANG BERJIHAD DI ANTARAMU, DAN BELUM NYATA ORANG-ORANG YANG SABAR."
{Ali Imraan :142}

hamba Allah,
Nurainin Sofia Halim

Tuesday, October 9, 2012

Ayat-ayat cintaNya


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
ANDA SEDIH? {QURAN 2 :25}

Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan,bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga,mereka berkata,”Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.”Mereka telah diberi(buah-buahan) yang serupa.Dan di sana mereka (memperoleh) (pasangan-pasangan) yang suci.Mereka kekal di dalamnya.

ANDA MERASA BERDOSA? {QURAN 39:53}
Katankanlah,”Wahai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri sendir! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosanya semuanya. Sungguh,Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.
ANDA MENCARI KEDAMAIAN? {QURAN 3:16}
(Yaitu) orang-orang yang berdoa “Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman,maka ampunilah dosa-dosa kami & lindungilah kami dari azab neraka.
PELINDUNG ORANG BERIMAN {QURAN 2:257}
Allah pelindung orang-orang yang beriman.Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman).Dan orang-orang yang kafir pelindung-pelindungnya adalah setan,yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan.Mereka adalah penghuni neraka.Mereka kekal di dalamnya.
ANDA TERTEKAN?
{QURAN 13:28}
(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
ANDA MERINDUI SAHABAT KARIB?
{QURAN 50:16}
Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadaNya daripada urat lehernya.
ANDA MERASAI TIDAK DIHARGAI?
{QURAN 76:22}
Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu diterima dan diakui oleh Allah.
ANDA MERASA SEPERTI TIDAK BERGUNA?
{QURAN 12: 57}
Dan sungguh,pahala akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa.
ANDA MERASA KURANG BERNASIB BAIK?
{QURAN 14:34}
Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya.Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak mampu menghitungnya.Sungguh,manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.


Monday, June 18, 2012

ujian itu cerminan kita sebagai hambaNya


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Alhamdulilah segala puja dan puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad.sahabat serta keluarga baginda...

Aku rasa sangat bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar.Kerana tanpa nikmat Allah siapalah aku yang hina lagi fakir ni..Sekarang dah nak penghujung semester,ramai sahabat-sahabat aku yang diuji Allah.Tak kiralah dari segi nikmat kesihatan maupun kebahagiaan. ..

 Aku nak ambik sebagai peringatan dari Al-Quran surah al-Baqarah ayat 155-157

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


           Ujian sebenarnya salah satu cara untuk Allah menguji iman hamba-Nya.Jadi sebab tu kita kena banyak bersyukur.Kadang-kadang kita rasa kosong,sunyi, sedih sedangkan kita mesti ingat dalam hati dan yakin yang Allah tu sentiasa menemani kita.Jika kita ditimpa musibah ucapkan :Inna lilalhi waain nailaihirajiun. Jika diberi nikmat kita ucapkan Alhamdulilah..Allah MAHA PENYAYANG N PENGASIH..Yakin lah seberat mana ujian yang melanda Allah tetap bersama kita..InsyaAllah sahabat-sahabat sekalian..Yakinlah ujian kita ini sebenarnya tak seberapa jika nak dibandingkan dengan ujian yang Allah bagi buat Nabi dan Rasul yang terdahulu..InsyaAllah dengan jiwa kita semakin diuji,harap hendaknya kita tak putus-putus berdoa kepada Allah nescaya diringankan ujian itu..
Semoga sahabat sekalian sentiasa dalam rahmatNya..amin..

hamba ALLAH,
nurainin sofia halim

Sunday, June 3, 2012

Program menarik sepanjang tahun 2012


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
           Bismillahirahmanirahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda. InsyaAllah entry blog kali ini aku nak membicarakan tentang ♥ ♥C.I.N.T.A. Cewah.. Bila sebut soal cinta yang tertidur pun terjaga. Tak gitu? Masakan tidak cinta itu fitrah setiap insan yang bernama manusia. Tanpanya manusia menjadi lemah ,kaku dan tak berdaya. InsyaAllah dengan suntikan rasa cinta yang berlandaskan syariat bisa membuat seorang manusia bersemangat mengharung hari-hari yang mendatang. Apa itu cinta? Kalu cinta kepada siapa? Kenapa perlu bercinta? Kalu bercinta apa syarat-syaratnya? Aku nak amik kata-kata yang  dipetik dari Imam Ibn Qayyim al -Jawziyah mencoret dalam catatannya Rawdah al-muhibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin (Taman Orang yang Cinta dan Rindu) bahawa ada 60 istilah cinta..
♥ ♥CINTA♥ ♥ boleh diibaratkan …
1.Adakalanya ♥ ♥cinta♥ ♥ boleh menjadi seperti singa dan pedang - berkuasa, mulia dan gah di tangan pejuang. Cinta ini menjadikan yang hina menjadi mulia, yang miskin menjadi kaya jiwa, yang kaya menjadi dermawan dan yang melarat menjadi terhormat. Inilah cinta yang Allah redha iaitu cinta kepada Allah,Rasullulah,ilmu, keluarga, perjuangan dan seumpamanya.
2.Adakalanya ♥ ♥cinta♥ ♥ menjadi bencana besar - mengundang 1001 akibat sengsara ,derita dan penyesalan. Cinta inilah yang menjatuhkan seorang pemimpin hebat spt Bill Clinton krn seorang wanita bernama Monica Lewinsky. Begitu juga cinta ini merosakkkan populariti “Tiger Wood” si juara golf dunia kerana skandal seksnya.
3.Adakalanya ♥ ♥cinta ♥ ♥juga menjadi seperti arak yang memabukkan- Khayal dan tenggelam. Hilang arah dan pedoman. Inilah cinta sebelum pernikahan. Cinta ini banyak ditagih oleh anak2  muda masa kini. Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tidak mampu menikmati lazatnya nasihat.
Sumber :Majalah Solusi 36
Kolumnis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Tajuk     : Kerana dia, ALLAH dipersia

PROGRAM “DIALOG CINTA”

Nasihat berguna buat para pemuda –pemudi (Muslimin dan Muslimah)  yang  sedang  berpasangan (couple) dari Imam Muda Fakhrul
*SYARAT-SYARATNYA*:
••►Tundukkan  pandangan .

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ  وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. 
[ An- Nur : 30 ]

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ
ۖ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
[ An- Nur : 31 ]
Dalam ayat tersebut, Allah memerintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan.. Kemudian barulah diperintahkan wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat. Hal ini membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya. Lebih-lebih lagi pada zaman modenisasi ini di mana wanita bebas berpakaian malah berlebih-lebihan dalam bertabarruj tanpa mengikut etika agama mahupun tertib berpakaian.
••►Mesti tutup aurat dengan sempurna.
••►Mesti ada hijab pembatas.
••►Jangan berdua-duan.
••►Tidak melunakkan suara  
••►Allah berfirman dalam Al-Quran surah AL-Ahzab {33 : ayat 32} “Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain , jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemahkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

♥ ♥Hati orang bujang tak terjaga ?♥ ♥
        Tiada jaminan untuk mereka yang berkahwin boleh terlepas daripada godaan maksiat. Jika rumahtangga itu dibina hanya atas dasar elak maksiat semata-mata, jadilah perkahwinan itu sebagai tuntutan nafsu sedangkan dalam islam, perkahwinan merupakan tuntutan agama.
        Perlu disedari bahawa perkahwinan bukan sekadar ikatan sah antara dua insan malah juga mempunyai skop tanggungjawab yang perlu digalas. Perkahwinan mestilah mempunyai matlamat yang jelas kerana ia merupakan satu ibadah serta mengikuti sunnah nabi. Apabila difahami bahawa perkahwinan juga merupakan wasilah untuk beribadah kepada Allah dan melazimi sunnah Nabi SAW, rupanya hal inilah yang akan menghindarkan seseorang dari maksiat.

~SEKILAS PANDANG SEKITAR PROGRAM “DIALOG CINTA” ~

Barisan AJK "Dialog Cinta"

~ “Family Day”Silat Cekak Hanafi (SCH) UMS (27 MAY 2012) ~
AHLI SILAT CEKAK HANAFI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Antara aktiviti yang diadakan ialah senaman aerobic,dan “treasure hunt”. Senaman aerobic dikendalikan oleh saudara Azmi. Memang best tak terkata almaklum dah lama tak meregangkan otot tubuh.Selepas itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan aku da 5 orang;kak Arfah,kak Fifah,Encik Masri,Nizam dan aku J. Kami kena buat sorakan untuk setiap kumpulan. Nama kumpulan aku Hi-Five, bukannya roti Hi-Five yer. Alhamdulilah , setelah berlari ke sana ke mari dan melengkapkan semua tugasan yang diberikan kumpulan kami muncul juara.Yang aku suka masa checkpoint kedua, kami ditanya mengenai pantun silat cekak hanafi. Apalagi penyelia kami yang berwibawa, En.Arom Bin Saidon kena serbu la.Sampai sekarang aku masih dok ingat pantun tu:
”Silat cekak amatlah mudah,
Bagi mereka  yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
InsyaAllah mendapat faedah.”
             Yang pasti dengan adanya “ family day” macam ni hubungan antara ahli silat dah macam “family”. Aku sedih juga ada kakak dan abang yang bakal menamatkan pengajian mereka di Universiti Malaysia Sabah. Bertemu dan berpisah merupakan adat dengan manusia. InsyaAllah di masa akan datang kami dapat bertemu lagi. Sayonara super senior silat J Banyak kenangan pahit manis dalam silat. InsyaAllah yang baik jadikan tauladan yang tak baik jadikan sempadan.






 Jalan-jalan dekat jeti di ODEC {31may 2012}




Sabda Nabi Muhammad s.a.w (qudwah hasanah : contoh ikutan yang baik) J: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat”..
“Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).” {surah Al'a 87:8}

♥ ♥Hamba ALLAH♥ ♥,
Nurainin Sofia Binti Halim



Sunday, April 8, 2012

Refleksi diriku sebagai hambaNya


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

          Alhamdulilah segala puja dan puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat  dan salam ke atas  junjungan Nabi Muhammad,sahabat serta keluarga baginda.Syukur alhamdulilah di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku YA Rabb.Aku bermohon semoga diri ini dan insan-insan yang aku sayangi kerana Allah terus dilimpahkan cahaya hidayah ke dalam jiwa yang gersang serta dililitkan kasih sayang keranaMu.Sudah agak lama aku tidak meng”update” blog..Almaklum hampir 2 bulan masuk semester 4,banyak perkara yang perlu dibereskan.. pada hari Ahad yang penuh ceria dan positif aku harapkan semua sahabat-sahabat yang sedang bercuti semester tidak melupakan hak dan tanggungjawab sesama insan setelah hak kepada ALLAH telah disempurnakan..InsyaAllah..
         Apa aktiviti yang korang buat semasa cuti mid-sem ni?? Hehe adakah sekadar ingin merehatkan minda dan tubuh sementelah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan mid-sem yang lalu?? Yallabenna :”AYUH” MANTAPKAN DIRI..GERAKKAN RASA MAMPU UNTUK BERTINDAK MENJADI YANG TERBAIKingatlah Allah berfirman “SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM  MELAINKAN KAUM ITU TERLEBIH DAHULU BERGERAK MENGUBAH APA YANG ADA DI DALAM MEREKA SENDIRI.” (surah Ar-Ra’ad :11)

               Ayuh mari memperbaharui niat kita berpandukan matlamat yang jelas iaitu mencapai mardhotillah sekaligus mencontohi peribadi dan akhlak kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w..insyaAllah meskipun kita hanya berusaha sedikit ke arah itu insyaAllah Allah akan memberi ganjaran yang sewajarnya..At-Taubah ayat 105 :”Dan katakanlah,”Bekerjalah kamu ,maka ALLAH akan melihat pekerjaanmu,begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin dan kamu akan dikembalikan kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakanNya apa yang telah kamu kerjakan”. Ingatlah apa yang kita sangka indah di dunia belum tentu akan indah di akhirat..Alhamdulilah dengan kalimah “kun fayakun” dengan izinNya aku dan kawan aku,Zeehanis berpeluang melibatkan diri dalam gotong – royong serta karnival kerjaya yang disediakan khas sebagai medan persediaan untuk menjadi mahasiswa yang fleksibel..insyaAllah.Selain itu,korang boleh meluangkan masa dengan beriadah,membaca buku-buku ilmiah serta menziarahi kawan-kawan.Barulah cuti ni dinamakan “cuti-cuti beerti” dan sekaligus mendapat manfaat.. J 


       Akhir sekali, aku nak berkongsi dengan korang suma.Hari tu ,aku ada baca novel “Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul” karya Fatimah Syarha Binti  Mohd Noordin(*banyak kali aku baca buku ini sebab kandungan yang menarik sekaligus mengajar dan memberi panduan untuk mencari pasangan hidup*).Aku tertarik dengan muka surat 39-41 yang bertajuk kewajipan seorang Muslim.Betapa indah jika suatu hari kita bekeluarga lalu keluarga itu mengamalkan halaqah cinta keluarga..Semoga aku dan kalian dikurniakan cinta yang setinggi-tinggi cinta iaitu cinta kepada Allah dan Rasul..insyaAllah J

KEWAJIPAN
SUMBER/ULASAN
OPERASIONAL
1.  Membaca Al-Quran
“Al-Quran ini adalah sajian Allah , oleh itu terimalah sajianNya yang kamu boleh.”
(Riwayat al-Hakim daripada Ibn Mas’ud)
     ·         1 hari / 1 juzuk .4 m/s setiap kali lps solat fardhu.(4
     ·         Peruntukan hari-hari lapang untuk khatam Quran sebulan sekali.
2.  Memperelok bacaan Al-Quran.
Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al- Quran.
(surah An-Nisa’ 4: 82)
     ·         Bincang dalam halakah.
     ·         Ajar masyarakat selepas Maghrib.
3.  Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh.
(Hummat al-Islam)
Mengahafaz 40 hadis.
(Arba’un al-Nawawiyyah)
Risalah usul al-aqa’id.
Risalah furu’(fiqah).
·         Di dalam kitab dan sunnah    terdapat petunjuk.
·         Di dalam sirah terdapat al-qudwah.
     ·         Bincang dalam halakah.
     ·         Bercerita kepada kanak-kanak sebelum merek tidur (jika sudah punya anak-anak).
4.  Menjaga kesihatan.
·         “Dan seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada    seorang yang lemah.Dan pada setiap mereka ada kebaikan.”    
(Riwayat Muslim)
       1.       Minum air masak 8 gelas sehari :
        ·         2 gelas di waktu Subuh.
        ·         2 gelas di waktu Zuhur.
        ·         2 gelas di waktu Asar.
        ·         2 gelas di waktu malam.
       2.        Riadah ringan 10 minit/hari.
5.  Mengelak minum minuman manis berlebihan ( kecuali perlu) dan sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok) dll.
Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya.
      ·         Minum susu+ madu sebelum tidur.
      ·         Abaikan rokok ,dadah,dll.
6.  Menjaga kebersihan tempat tinggal,pakaian,makanan, tubuh badan,tempat kerja.
“Allah itu cantik, sukakan kecantikan”.        
(Riwayat  Muslim dan Tirmizi).
      ·         Membersih setiap hari.
      ·         Menghias ruang dan menyegarkannya dengan haruman.
7.  bercakap benar, tidak berdusta.
“Sesungguhnya  bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula memimpin ke syurga.”   
Tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah (benar pada nisbahnya,dusta pada orang yang mendengar) dalam 3 perkara :
      ·         Peperangan
      ·         Mendamaikan manusia
      ·         Mengambil hati suami/isteri.
8.  Menepati  janji (mejaga waktu, pembinaan dan kepercayaan).
“Sesungguhnya dia seorang yang menepati janji”.
(surah  Maryam 19:54)
Jangan lewat!
9.  Bersedia, berani memikul tanggungjawab.Semulia-mulia keberanian : berterang-terangan dengan al-Haq,simpan rahsia,mengakui kesilapan diri, insafi diri dan  mengawal marah.
·         “Sesungguhnya  hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,”(surah Yusuf ,12:86)
·         “Bukanlah kuat itu orang  yang dapat  mengalahkan musuh,tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”(Muntafaqun alaih)
      ·         Istigfar 70 kali/hari
      ·         Jaga wudhuk
      ·         Borang mutaba’ah(amalan seharian).
10. Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tidak sampai menghalang untuk bergurau yang benar dan tersenyum.
Dasar kehidupan Muslim ialah serius.Gurauan Rasullulah hanya ibarat garam pada makanan sedikit sekali.
“Qullu la!”(Katakan tidak!) untuk program TV yang melalaikan.
12.  Pemalu , halus perasaan, mudah peka perkara yang baik dan buruk.merendah diri bukan kerana hina atau lemah.
“Malu itu satu cabang iman.”
(Mutaffaqun alaih)
Awas aurat!
13.Berlaku adil dan membuat hukuman yang betul.
“Jadilah kamu penegak keadilan,”(surah AN-Nisa;4:135)
Janganlah perselisihan  menyebabkan lupa budi baik orang.Bercakap benar.Bercakap benarlah biarpun pahit walaupun terkena diri sendiri atau orang yang terdekat dengan anda.
14.Bersifat belas kasihan.
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu,sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang Mukmin.”(surah al-Taubah ,9:128)
Pemurah ,bertolak ansur, memberi maaf ,bersopan santun, sayangkan manusia dan binatang,bergaul dan bertingkah laku baik , mengasihani kanak-kanak, hormat orang tua,melapangkan tempat duduk dalam majlis-majlis,jangan mencari rahsia,jangan mengumpat,jangan menceroboh, meminta kebenaran untuk masuk dan pulang.
14.Berusaha membaca dan  menulis dengan baik.
Hubungan dengan buku-buku   karangan ulama muktabar mengekalkan perhubungan   Muslim dengan dakwahnya.
      ·         Banyak membaca .
      ·         Mini library di rumah.
      ·         Mendalami bidang ikhthisas(pengkhususan)
      ·         Peka isu semasa dan pandangan fikrah.