MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Sunday, April 8, 2012

Refleksi diriku sebagai hambaNya


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

          Alhamdulilah segala puja dan puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat  dan salam ke atas  junjungan Nabi Muhammad,sahabat serta keluarga baginda.Syukur alhamdulilah di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku YA Rabb.Aku bermohon semoga diri ini dan insan-insan yang aku sayangi kerana Allah terus dilimpahkan cahaya hidayah ke dalam jiwa yang gersang serta dililitkan kasih sayang keranaMu.Sudah agak lama aku tidak meng”update” blog..Almaklum hampir 2 bulan masuk semester 4,banyak perkara yang perlu dibereskan.. pada hari Ahad yang penuh ceria dan positif aku harapkan semua sahabat-sahabat yang sedang bercuti semester tidak melupakan hak dan tanggungjawab sesama insan setelah hak kepada ALLAH telah disempurnakan..InsyaAllah..
         Apa aktiviti yang korang buat semasa cuti mid-sem ni?? Hehe adakah sekadar ingin merehatkan minda dan tubuh sementelah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan mid-sem yang lalu?? Yallabenna :”AYUH” MANTAPKAN DIRI..GERAKKAN RASA MAMPU UNTUK BERTINDAK MENJADI YANG TERBAIKingatlah Allah berfirman “SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM  MELAINKAN KAUM ITU TERLEBIH DAHULU BERGERAK MENGUBAH APA YANG ADA DI DALAM MEREKA SENDIRI.” (surah Ar-Ra’ad :11)

               Ayuh mari memperbaharui niat kita berpandukan matlamat yang jelas iaitu mencapai mardhotillah sekaligus mencontohi peribadi dan akhlak kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w..insyaAllah meskipun kita hanya berusaha sedikit ke arah itu insyaAllah Allah akan memberi ganjaran yang sewajarnya..At-Taubah ayat 105 :”Dan katakanlah,”Bekerjalah kamu ,maka ALLAH akan melihat pekerjaanmu,begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin dan kamu akan dikembalikan kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakanNya apa yang telah kamu kerjakan”. Ingatlah apa yang kita sangka indah di dunia belum tentu akan indah di akhirat..Alhamdulilah dengan kalimah “kun fayakun” dengan izinNya aku dan kawan aku,Zeehanis berpeluang melibatkan diri dalam gotong – royong serta karnival kerjaya yang disediakan khas sebagai medan persediaan untuk menjadi mahasiswa yang fleksibel..insyaAllah.Selain itu,korang boleh meluangkan masa dengan beriadah,membaca buku-buku ilmiah serta menziarahi kawan-kawan.Barulah cuti ni dinamakan “cuti-cuti beerti” dan sekaligus mendapat manfaat.. J 


       Akhir sekali, aku nak berkongsi dengan korang suma.Hari tu ,aku ada baca novel “Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul” karya Fatimah Syarha Binti  Mohd Noordin(*banyak kali aku baca buku ini sebab kandungan yang menarik sekaligus mengajar dan memberi panduan untuk mencari pasangan hidup*).Aku tertarik dengan muka surat 39-41 yang bertajuk kewajipan seorang Muslim.Betapa indah jika suatu hari kita bekeluarga lalu keluarga itu mengamalkan halaqah cinta keluarga..Semoga aku dan kalian dikurniakan cinta yang setinggi-tinggi cinta iaitu cinta kepada Allah dan Rasul..insyaAllah J

KEWAJIPAN
SUMBER/ULASAN
OPERASIONAL
1.  Membaca Al-Quran
“Al-Quran ini adalah sajian Allah , oleh itu terimalah sajianNya yang kamu boleh.”
(Riwayat al-Hakim daripada Ibn Mas’ud)
     ·         1 hari / 1 juzuk .4 m/s setiap kali lps solat fardhu.(4
     ·         Peruntukan hari-hari lapang untuk khatam Quran sebulan sekali.
2.  Memperelok bacaan Al-Quran.
Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al- Quran.
(surah An-Nisa’ 4: 82)
     ·         Bincang dalam halakah.
     ·         Ajar masyarakat selepas Maghrib.
3.  Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh.
(Hummat al-Islam)
Mengahafaz 40 hadis.
(Arba’un al-Nawawiyyah)
Risalah usul al-aqa’id.
Risalah furu’(fiqah).
·         Di dalam kitab dan sunnah    terdapat petunjuk.
·         Di dalam sirah terdapat al-qudwah.
     ·         Bincang dalam halakah.
     ·         Bercerita kepada kanak-kanak sebelum merek tidur (jika sudah punya anak-anak).
4.  Menjaga kesihatan.
·         “Dan seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada    seorang yang lemah.Dan pada setiap mereka ada kebaikan.”    
(Riwayat Muslim)
       1.       Minum air masak 8 gelas sehari :
        ·         2 gelas di waktu Subuh.
        ·         2 gelas di waktu Zuhur.
        ·         2 gelas di waktu Asar.
        ·         2 gelas di waktu malam.
       2.        Riadah ringan 10 minit/hari.
5.  Mengelak minum minuman manis berlebihan ( kecuali perlu) dan sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok) dll.
Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya.
      ·         Minum susu+ madu sebelum tidur.
      ·         Abaikan rokok ,dadah,dll.
6.  Menjaga kebersihan tempat tinggal,pakaian,makanan, tubuh badan,tempat kerja.
“Allah itu cantik, sukakan kecantikan”.        
(Riwayat  Muslim dan Tirmizi).
      ·         Membersih setiap hari.
      ·         Menghias ruang dan menyegarkannya dengan haruman.
7.  bercakap benar, tidak berdusta.
“Sesungguhnya  bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula memimpin ke syurga.”   
Tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah (benar pada nisbahnya,dusta pada orang yang mendengar) dalam 3 perkara :
      ·         Peperangan
      ·         Mendamaikan manusia
      ·         Mengambil hati suami/isteri.
8.  Menepati  janji (mejaga waktu, pembinaan dan kepercayaan).
“Sesungguhnya dia seorang yang menepati janji”.
(surah  Maryam 19:54)
Jangan lewat!
9.  Bersedia, berani memikul tanggungjawab.Semulia-mulia keberanian : berterang-terangan dengan al-Haq,simpan rahsia,mengakui kesilapan diri, insafi diri dan  mengawal marah.
·         “Sesungguhnya  hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,”(surah Yusuf ,12:86)
·         “Bukanlah kuat itu orang  yang dapat  mengalahkan musuh,tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”(Muntafaqun alaih)
      ·         Istigfar 70 kali/hari
      ·         Jaga wudhuk
      ·         Borang mutaba’ah(amalan seharian).
10. Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tidak sampai menghalang untuk bergurau yang benar dan tersenyum.
Dasar kehidupan Muslim ialah serius.Gurauan Rasullulah hanya ibarat garam pada makanan sedikit sekali.
“Qullu la!”(Katakan tidak!) untuk program TV yang melalaikan.
12.  Pemalu , halus perasaan, mudah peka perkara yang baik dan buruk.merendah diri bukan kerana hina atau lemah.
“Malu itu satu cabang iman.”
(Mutaffaqun alaih)
Awas aurat!
13.Berlaku adil dan membuat hukuman yang betul.
“Jadilah kamu penegak keadilan,”(surah AN-Nisa;4:135)
Janganlah perselisihan  menyebabkan lupa budi baik orang.Bercakap benar.Bercakap benarlah biarpun pahit walaupun terkena diri sendiri atau orang yang terdekat dengan anda.
14.Bersifat belas kasihan.
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu,sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang Mukmin.”(surah al-Taubah ,9:128)
Pemurah ,bertolak ansur, memberi maaf ,bersopan santun, sayangkan manusia dan binatang,bergaul dan bertingkah laku baik , mengasihani kanak-kanak, hormat orang tua,melapangkan tempat duduk dalam majlis-majlis,jangan mencari rahsia,jangan mengumpat,jangan menceroboh, meminta kebenaran untuk masuk dan pulang.
14.Berusaha membaca dan  menulis dengan baik.
Hubungan dengan buku-buku   karangan ulama muktabar mengekalkan perhubungan   Muslim dengan dakwahnya.
      ·         Banyak membaca .
      ·         Mini library di rumah.
      ·         Mendalami bidang ikhthisas(pengkhususan)
      ·         Peka isu semasa dan pandangan fikrah.