MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Thursday, July 28, 2016

Diari seorang mujahidah kembara syria - Heliza Helmi

Manusia ini ada dua jenis. 
Satu seperti telur dan satu lagi seperti bola tenis.
Bayangkan telur dibaling pada batu.
 Apa yg akan jadi?
Ya, telur akan pecah dan isinya akan melekat pada batu. 
Sekarang bayangkan pula bola tenis dibaling pada batu. 
Apa akan jadi? Bola tenis itu akan melantun, betul? 
Apabila dibaling lagi kuat bola itu akan melantun lebih tinggi.
Begitulah kehidupan kita. 
Batu diumpamakan seperti ujian.
Sekiranya jadi seperti telur apabila diberikan ujian kita akan bersedih, kecewa ataupun putus asa bersama dengan ujian itu.
 Namun sekiranya, kita memilih menjadi bola tenis, apabila mendapat satu ujian, kita akan bangkit lagi tinggi.
Ujian itu adalah bagi menaikkan darjat kita, menjadikan diri kita lebih baik dan mengampunkan dosa kita sekiranya kita sabar, redha dan bersangka baik pada Allah SWT.