MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Saturday, December 24, 2011

ukhwah kek cawan :)

terima kasih kak su...nyum2 sedap :) 
SEKILAS PANDANG …. ^_^
                Ketika sahabat bertanya kepada Rasullulah s.a.w,”Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami? Jawabnya,” Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah s.w.t , apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan tentang agama Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kehidupan di akhirat.
            Pada suatu malam yang sunyi sepi, sang unggas bertasbih memuji Ilahi tanpa berhenti.teet.teet… menandakan mesej baru masuk ke kotak mesej telefon bimbitku. Ku tekan dan kudapati peringatan untuk ke majlis taklim..Ah..nafsu ku berkata,”Buat pe pergi majlis just duduk2 n bincang then balik tak terkesan pun kat jiwa aku yang dah macam gurun Sahara nih,”.Tapi sepantas kilat imanku, menjawab “Eh mana boleh macam tuh,tak ingat ke ustaz pernah bagitahu yang setiap majlis ilmu adalah salah satu daripada taman syurga.”Alhamdulilah ku tepis nafsu ku yang tatkala bergelojak dengan bebanan assignment, ulangkaji almaklum final exam dah dekat.
                 “Tok,tok”.Pintu surau diketuk seiring dengan ucapan salam bergema,”Assalamualaikum, semua.Maaf ana lewat.” Aku bersyukur walaupun sibuk dengan urusan duniawi tapi kuserahkan urusanku kepada Ya Muqalibal Qulub (ALLAH yang membolak-balikkan hatiku ini ) yang menuntun qalbiku untuk  ke majlis ilmu.Pengisian dimulakan dengan tadabbur ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah {2:138} “(Sibgah Allah ) Siapa yang lebih baik sibgahnya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.”Mengikut tafsir ,”sibgah” bermaksud celupan.
               Menurut contoh yang disimpulkan ukhti kesayangan aku ni, celupan dapat diibaratkan bagaimana Islam meresap ke dalam jiwa kita.bayangkan seandainya , kita cicah roti kering ke dalam air teh yang panas, confirm roti tersebut akan lembik kerana berlakunya diffusion.Begitulah jua dengan agama Islam yang ku yakini kebenarannya dan bersyukur kerana terpilih menjadi khalifah di bumi ini. Islam bukan lah sekadar menyatakan ketaatan dari segi ritual sahaja malahan dari sudut abstrak yang tak dapat kita lihat iaitu menyakini adanya Allah serta kebersamaanNya bersama kita tanpa mengira keadaan kita yang sememangnya banyak diselaputi daki dosa maksiat .Nauzubillah, tiada daya dan upaya aku sebagai insan yang masih merangkak mencari mardhotillah (keredhaan Allah ) . Aku termenung panjang berada dalam zaman hedonisme semakin menanah menambah kerisauan dalam hatiku…Semuanya jelas terpampang di media cetak,laman sosial bahkan dalam siaran televisyen itu  sendiri. Aku di sini bukanlah berfikiran kolot tapi cuma cuba mengurangkan apa yang tidak perlu dalam melayan hiburan yang tiada penghujung.Tanpa teknologi mungkin Negara tidak akan maju.Terima kasih kepada Allah kerana melalui Dia manusia berupaya mencipta kereta,komputer,bangunan tinggi pencangkar langit serta banyak lagi penemuan dalam bidang sains.

                  Alhamdulilah selesai sudah sesi usrah kami yang begitu menarik dengan pengisian yang bisa memberi makanan kepada rohani. Kami sama-sama mentadabbur surah At-Taubah {9:24} Katakanlah :” Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan , perdagangan yang khuatirkan kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu CINTAI DARIPADA ALLAH & RASULNYA serta berjihad di-jalanNya , maka tunggulah sampai Allah memberi  keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk  kepada orang yang fasik.”  MasyaAllah betapa Allah cemburu kepada hambaNya yang memalingkan untuk mengejar cintaNya kerana terlalu taksub mengejar kesenangan duniawi yang hanya sementara sahaja.Mari kita telesuri kisah sirah yang unik ini. Sewaktu malaikat Izrail datang untuk menjalankan amanah mencabut nyawa Nabi Ibrahim , beliau bertanya kepada malaikat,” Adakah kekasih yang mahu membunuh kekasihnya sendiri?” Maka, Allah menurunkan wahyu sebagai jawapan ,” Adakah kekasih yang mencintainya tidak bertemu dengan kekasihnya?” Maka, berbunga hati Nabi Ibrahim tatkala mendengarkan jawapan dari Allah ini.Terus, rela sahaja meminta malaikat Izrail dengan segera mencabut nyawanya. Tidak sabar lagi bertemu dengan Allah.Simboliknya begitu tinggi. Kecintaannya kepada ALLAH terbalas dan dia sentiasa terpelihara dalam rahmatNya.

              Betapa indahnya jika kita dapat merasai bagaimana cinta yang Agung dari Allah ini.Mari menjadi hamba dalam erti kata yang sebenar sambil mengotakan janji yang pernah kita semai dulu,”Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku hanya untukMu”. Pasti kecintaan dan hubungan kita sesama manusia akan terpelihara.Hebatnya penangan cinta dari Ilahi, jika sesama manusia kita sudah mabuk rindu, mandi tak basah, tidur tak lena, apatah lagi meraih cintaNya yang sememangnya sejati serta abadi.
              Kami pun mengakhiri usrah dengan bacaan surah Al-Ansr dan tasbih kifarah diiringi doa rabitah.Memohon pada ya Rabb agar mengikat hati-hati yang terpilih pada hari ini untuk terus berdakwah di jalan mustaqim ini tanpa rasa jemu,malas serta bersungguh-sungguh menjadikan Al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidup.Ku akhiri majlis itu dengan bersalaman akhowat yang kucintai kerana Allah serta kukagumi keperibadian mereka yang memang berlandaskan celupan Allah. InsyaAllah …Tetiba terdengar namaku ku dipanggil,”Saffiyah,..Saffiyah…
               Ku berpaling lantas ukhtiku ini menuntunku ke tempat beliau.”Nah, ni tuk Saffiyah.” Sambil berbasa-basi beliau  menanya khabarku, syukur kepada ya Rabb keranaMu  terjalin  tautan hati  antara kami. Semoga melalui ikatan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah keimanan yang terjalar erat di tangkai hati.
”Terima kasih,kak Su”.Susah-susah je…Ku terima kek cawan yang comel ini ..
Indahnya jika bertemu dan berpisah kerana Allah…
p/s: Disediakan oleh Nurainin Sofia Binti Halim
       8.45pm {23 Disember 2011}
“CINTA PADA BUNGA,BUNGA AKAN LAYU,
CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,
CINTA PADA HARTA,HARTA AKAN DITINGGALKAN
CINTA  KAN ILAHI, HANYA DIA YANG KEKAL ABADI…
CINTAILAH ILAHI”  J
“CINTA PADA BUNGA,BUNGA AKAN LAYU,
CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,
CINTA PADA HARTA,HARTA AKAN DITINGGALKAN
CINTA  KAN ILAHI, HANYA DIA YANG KEKAL ABADI…
CINTAILAH ILAHI”  J

Wednesday, December 21, 2011

damba kasih MU ya Rabb

imagesCA0350JD.jpg

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
         Alhamdulilah segala puji – pujian hanya untuk Allah Tuhan  Yang Esa lagi Berkuasa terhadap makhluk-makhluknya.Bersyukur kerana dapat bernafas dan menghirup udara segar  tanpa  dikenakan bayaran serta sememangnya berada dalam negara yakni  aman dan damai  serta sejahtera dengan izinNya. Semoga aku dan mukmin serta mukminah yang lain tidak termasuk dalam golongan yang lalai.
            Allah berfirman dalam surah { al-A’raf 7:179 } “Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi) neraka jahanam itu kebanyakkannya daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengarnya. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat. Itulah orang-orang yang LALAI. Nauzubillah janganlah kita tergolong dalam golongan yang summum” , “bukmun”, dan “ummyun” : iaitu orang-orang yang tuli, bisu dan buta” kerana tidak mahu mengenali ya Rabb serta mengamalkan agama Islam secara kaafah iaitu secara keseluruhan bukannya separuh-separuh . “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan , dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. {al-Baqarah 2:208}
Ayuhlah wahai syabab harapan agama, marilah sama – sama bersatu hati keranaNya untuk menuju “mardhotillah” iaitu keredhaan Allah S..W.T.

Renung sejenak tujuan kamu ke dunia:
a)  Kenapa kamu dilahirkan ke dunia?
”Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada - Ku.” {surah At-Tur 52: ayat 56}
b)  Untuk apa?
“Barang siapa mengerjakan kebajikan , baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami berikan kepadanya kehidupan yang lebih baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan .” {surah al-Nahl 16:97}
c)  Kemana destinasi seterusnya?
Iaitu hari akhirat dimana setiap manusia diberi balasan setimpal dengan apa yang dikerjakan.
“Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).”  {surah Yasin 36: 53}

Semoga kita selamat daripada azabNya setelah diperhitungkan segala amalan di mahkamah Masyhar nanti.Wallahualam..
Disediakan oleh : nurainin sofia binti halim
6.00 ptg… { 20 Disember 2011}
Nabi SAW bersabda:

(بلغ عني ولو أية.. .. (إلى أخر حديث



Maksudnya: Sampaikan daripadaku (Nabi Muhamad) walaupun satu ayat…


Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).
{surah Al'a 87:8}

Saturday, December 17, 2011

KURNIAANNYA :)



بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Sabtu   17 Disember 2011  4.38 petang 
(disediakan oleh : Nurainin Sofia Binti Halim)
Assalamualaikum pa khabar iman?? Moga Allah bagi kekuatan buat mu wahai bakal srikandi Islam dan sebagai dae’ Illalah kamu kena kuat.
Jangan sesekali mengalah dengan ujian dunia yang sementara…
Kalau nak jadi bunga jadilah bunga yang harum mewangi
Sekali dipandang orang , orang ingin memetik..
Tapi jangan jadi seperti bunga dedap,
Cantik dipandang bila dicium namun mengeluarkan bau  yang kurang enak…
Jadilah seperti sang kelapa,
Setiap bahagian dapat dimanfaatkan tanpa jemu,
Dari bahagian daun sehingga ke akar memberi manfaat yang bisa membuat
Manusia berfikir bahawa setiap yang dijadikan mempunyai Pencipta,
Betapa agungnnya kuasa Sang Pencipta.
subhanaAllah tatkala lidah basah mengalunkan  zikir
tiada terperi tatkala mata ini menjamah setiap ciptaan mu…
bertadabbur dengan alam mampu menginsafkan hati yang tatkala kering dengan tarbiah…
berfirman Allah dalam surah AL-mulk ayat 3: “Dia yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis .Tidak akan kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih .Maka lihatlah sekali lagi,adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?? “{67:3}
Ya Rabb yang maha mengasihani…kurniaan kan kasih sayangmu pada hamba yang hina ini…
Moga kami tidak lagi lemah dan bermalas-malasan untuk mengikut contoh qudwah hasanah
Seperti  Kekasih agung Mu…Muhammad bin Abdullah….
Aku bertekad kali  ini..tidak mahu menoleh lagi…
Ingin ku hidup berlandaskan kalimah “Lailahaillallah  Muhammadarrasulullah”.
Moga aku mampu menjadi mukminah yang mampu menyinari  dunia yang ketandusan iman ini
Tekadku …perjuangan belum selesai….tiada yang masih terlambat…
Untuk ku daki ke gunung keredhaanMu ya Rabb… 

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA






MENGHAYATI HARI RAYA KORBANoleh Ustaz Syed Hasan Alatas







'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: 
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)
Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. 
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
Amin ya Rabbal Alamin!

video
PERSAHABATAN ADALAH SATU-SATUNYA IKATAN YANG DAPAT MENYATUKAN DUNIA :)

Saturday, October 29, 2011

KAFE CINTA 22 OCTOBER 2011 DI UMS SABAH-BILA BAJU MELAYU BERTEMU BAJU KURUNG :)

VIDEO FORUM KAFE CINTA : APABILA BAJU MELAYU BERTEMU BAJU KURUNG :)
video




p/s : buat kakakku yg bakal bertemu jodoh semoga Allah merahmati kalian :) 
DOA BUAT PENGANTIN
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
 [ar-Rum 30:21]
CERAMAH USTAAZ ISRAAQ
video

ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan...
♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak,
♥ Dlm 2 hati, Allah berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta...
♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemU/bErsama...
♥ Dlm 4 tujuan itu,tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi,
♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai & mengingati.
TERKESAN DENGAN KATA2 USTAZ ISRAAQ :" BILA CINTA MENYAPA JANGAN GELABAH HADAPI DENGAN SABAR N HATI YANG TENANG ..BIARLAH KITA YANG MENGAWAL CINTA BUKAN CINTA MENGAWAL NAFSU KITA :) 

Monday, October 24, 2011

TUGAS SEBAGAI DAIE ^_^





Seorang pernah mengadu, ” Aku yang meletakkan diriku sebagai seorang daie, seorang penuntut ilmu agama yang mampu membezakan baik dan buruk akhirnya aku kalah pada kekosongan waktu. Syaitan itu benar-benar musuh yang dekat..” .

Manusia memang fitrah suka kepada kebaikan, namun nafsu ammarah yang bertemankan syaitan lebih seronok memilih kejahatan sehingga kejahatan dilihat indah dan membahagiakan. Sayugia diingatkan pula, andai nafsu ammarah dituruti, hakikat fitrah akan bangkit menyalahkan dirimu tatkala hari persoalan diaju.

Pepatah arab pernah menyebut ” Kekosongan waktu telah membinasakan pemuda-pemuda ” . Aku berfikir sejenak sebaik sahaja mendengar pepatah tersebut, bagaimana waktu kosong itu mampu bertindak sebagai ‘killer’ ataupun pembunuh terhadap para pemuda.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kehidupan harian kita, kita melakukan pelbagai aktiviti untuk memenuhi 24 jam hidup seharian. Adapun aktiviti-aktiviti yang kita lakukan hari-harian seperti berada di tempat kerja, surirumah, pelajar, melakukan kerja rumah atau sebagainya ianya sama sekali tidak termasuk dalam makna pepatah arab tersebut.

Apa yang dimaksudkan ialah perkara apa yang telah dilakukan oleh para pemuda dalam mengisi waktu kosong tersebut. Mungkin sahaja waktu kosong bagi para pelajar sesudah waktu pembelajaran di sekolah adalah pada waktu petang sehingga malam. Oleh itu waktu kosong itu para pelajar mungkin akan mengisinya dengan perkara berfaedah seperti menelaah pelajaran ataupun memilih untuk aktiviti tidak bermanfaat seperti menonton drama, bersembang dengan kawan ,lepak dan sebagainya.

ISI WAKTU KOSONG DENGAN KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN

Allah SWT mengilhamkan kepada manusia 2 perkara dalam hidupnya, menurut firman Allah SWT ” Fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha “, maka Allah SWT telah mengilhamkan kepada manusia ini perkara kejahatan dan perkara kebaikan. Namun begitu Allah SWT telah mngariskan perkara-perkara yang disukaiNya, yang diredhaiNya dan begitu juga memberitahu kepada manusia akan perkara-perkara yang dimurkaiNya, yang dibenci olehNya. Maka pilihan ada di tangan para hamba, samaada memilih apa yang diilhamkan iaitu kebaikan mahupun kejahatan.

Kita kadang-kadang berfikir, ” Apa aku nak buat petang ni? ” atau kadang-kadang bertanya kepada kawan ” Malam ni takda kerja, nak buat apa ya?” .

Ingat sahabat-sahabatku, Allah SWT memberi pilihan kepada kita, jangan kita lupa perkara ini…

” Pi tengok wayang la malam ni,” cadangan pertama. “Pi jalan-jalan kat bandar la hari ni, ada fun fare” satu lagi cadangan disuarakan. ” Lepak dengan kawan-kawan je “, “erm,takda keje nak buat.tengok TV je la atau layan internet ” ..dan begitu banyak lagi cadangan-cadangan datang bagi mengisi waktu kosong tersebut.

Pernahkah kita mencadangkan kepada diri kita mahupun sahabat-sahabat kita untuk mengisi waktu kosong atau musim cuti dengan menghabiskan beberapa surah untuk dihafal? khatam al-quran menjadi perkara wajib setiap bulan ? menyertai program-program tarbiyyah , motivasi dan sebagainya? membaca buku-buku berunsur ilmiyyah mengisi waktu lapang? dan banyak lagi perkara-perkara ‘taqwa’ yang disukai oleh syarak.

JANGAN LUPA, KITA MEMILIH DAN KITA SENDIRI YANG MENDAPAT HABUANNYA.

Aku suka memilih teori ‘ Begin with the end of mind ‘ iaitu kita memulakan sesuatu perkara dengan memikirkan @ membayangkan hasil pada akhir perbuatan tersebut. Kalau orang bukan Islam memikirkan keuntungan bagi setiap perkara sebelum mereka menceburi sesuatu, maka ummat Islam seharusnya bertindak memikirkan sesuatu yang lebih jauh iaitu ‘ SYURGA ATAU NERAKA ‘.

Akal kita dicipta begitu indah kerana mampu berfikir logik dalam menentukan perkara baik ataupun buruk dan akal yang dianugerahkan ini juga diberi keupayaan untuk mengimaginasikan masa depan. Oleh kerana itu, kaedah ‘ Begin with the end of mind ‘ seharusnya menjadi kaedah utama kita dalam menentukan perkara-perkara yang akan kita lakukan iaitu membayangkan hasil dan habuan yang bakal kita perolehi akibat perkara tersebut.

Di samping itu, dalam menentukan perkara apa yang bakal kita atur bagi mengisi waktu-waktu yang bernilai itu seharusnya berpandukan apa yang disarankan oleh Allah SWT dalam firmanNya, ” Fastabiqul khoiraat ” iaitu berkejarlah melakukan kebajikan. Adapun pesanan daripada Rasulullah SAW ” Salah satu ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah ketika ia meninggalkan pekerjaan yang tidak memiliki manfaat (bagi dirinya atau orang lain).” (HR Muslim).

AMALAN KEJAHATAN YANG MENGISI WAKTU KOSONG TELAH MEMBUNUH PARA PEMUDA

Setiap amalan ada kesan yang bakal dirasai oleh pemiliknya. Fitrah manusia dicipta amat cenderung kepada perkara kebaikan dan tidak seronok dengan kejahatan. Adapun orang-orang yang melakukan kebaikan, mereka hidup dalam keadaan tenang dan bahagia apatah lagi merasakan diri mereka berada dalam cinta Allah kerana melakukan amalan yang disukaiNya. Adapun orang-orang yang melakukan kejahatan, hidup mereka dalam keadaan bersedih, gelisah dan jiwa mereka menjadi tamak dan selalu berasa tidak cukup dan sama sekali tidak merasai ketenangan dan kebahagiaan hakiki, seolah-olah mereka mencari sesuatu tetapi mereka tidak menemukannya.

Bahayanya apabila para pemuda yang memilih perkara kejahatan bagi mengisi waktu lapang mereka. Mereka suka mendengar nyanyian pelbagai genre yang melalaikan hati-hati mereka, suka membaca komik @ novel yang dikira mampu menghilangkan bosan mereka, mereka lebih memilih untuk bersembang dan lepak dengan teman-teman dan mendapat informasi terbaru mengenai perempuan, hiburan, sukan dan pelbagai bentuk informasi yang meluluhkan jati diri mereka selaku muslim , menonton filem-filem yang menghairahkan dan mengakibatkan kecenderungan kepada cinta, keseronokan dunia dan akhirnya melampaui batasan seorang muslim.

Aku pernah terlibat dalam satu usul dalam sebuah muktamar perwakilan pelajar, aku memohon agar sistem pendidikan maahad membuat sedikit tranformasi dalam usaha mengurangkan masalah disiplin dan akhlak pelajar. Aku melihat waktu kosong itu memusnahkan mereka, waktu-waktu untuk bersembang dan aktiviti tidak berfaedah itu lebih panjang berbanding waktu mereka menuntut ilmu. Hasil daripada salahguna waktu kosong itu menghakis jati diri mereka yang diharapkan lahir sebagai seorang daie.

Seorang pernah mengadu, ” Aku yang meletakkan diriku sebagai seorang daie, seorang penuntut ilmu agama yang mampu membezakan baik dan buruk akhirnya aku kalah pada kekosongan waktu. Syaitan itu benar-benar musuh yang dekat..”

Manusia memang fitrah suka kepada kebaikan, namun nafsu ammarah lebih seronok memilih kejahatan sehingga kejahatan dilihat indah dan membahagiakan. Sayugia diingatkan pula, andai nafsu ammarah dituruti, hakikat fitrah akan bangkit menyalahkan dirimu tatkala hari persoalan diaju.


dikongsi dr : http://travelogmujahidah.blog.com/2011/06/23/aku-kalah-pada-kekosongan-waktu/

Saturday, October 22, 2011

♥♥♥♥♥ TERIMA KASIH YA RABB ♥♥♥♥♥

♥♥♥♥♥

ASSALAMUALAIKUM SUME...smoga kalian dalam keadaan baik2 belaka..syukur ke hadrat Allah yang memberi ruang n peluang n kesempatan untuk kita manjadi hamba yang lebih taat n bersyukur.. amin... segala Puji bg Allah dan kepadaNya segala nya aku titip kan rasa kesyukuran yang teramat dalam dari dasar hati...ya Allah Kau tautkan hati hati orang Mukmin supaya sentiasa dekat dan merasai rahmatMu yang tidak terhingga bentuk rasa n segalanya...alhamdulilah


p/s : sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari semalam...
sebelum tutup mata mari sama2 fikirkan apa sumbangan yang telah kita buat untuk dunia n juga akhirat..moga Allah ampunkan dosa kita yang tak tehitung banyaknya....
semoga Allah memberi kesempatan untuk terus sujud kepadanya...ALLAH MY ONLY AND THE ONLY ONE GOD..ALL DA PRAISES ONLY FOR HIM... :) ♥♥♥♥♥

Wednesday, September 14, 2011

Dasar pandang ke hati

salam..semua..apa kabo?? Harap2 semua sihat2 belaka..Sekejap je dah dah masuk sem baru dan dengan ni secara automatik sy pn dah jadi seniorita..hehehe ^^
Alhamdulilah syukur kepada Allah yang sentiasa memberi ruang & peluang untuk kita terus sujud & mengabdikan diri kepadaNYa..
Moga sem ni akan memberi kekuatan kepada aku

...InsyaAllah
semuanya harus bermula dr bawah semula....
1.Banyakkan berdoa kpdNya
2.Doakan ibubapa,kawan2,pensyarah,seluruh umat NbMUHAMMAD.
3.hayati apa yang ada disekeliling kita...cth:burung2 yg berkicauan,suara cengkerik tgh bertasbih,n segalanya2
4.DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD
Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?
= Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
= Warhamnii (Rahmati aku)
= Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
= Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
= Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
= Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
= Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
= Wa’fuannii (Maafkan aku)
Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid...
5.JANGAN PUTUS ASA :)

Sunday, August 21, 2011

LAILATUL QADR =0





Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt...

Hmm, just nak share sedikit sebanyak intipati Ustadz Jo nye talk pagi tadi berkenaan The Last 10 Days of Ramadhan... Macam rugi sangat2 kalau xshare dgn semua, yg hadir maybe boleh igt semula, yg xdpt hadir maybe kita boleh sama2 amalkan, insyaAllah...

Tadi Ustadz Jo ceritakan pada kita bagaimana Rasulullah s.a.w. menghabiskan his last 10 days of Ramadhan...

Mandi di antara Maghrib & Isya' --> benda ni ustadz ckp maybe ada kena mengena dgn kesihatan (kita x tahu d 'real' sebab or hikmah ngape Nabi mandi antara Maghrib n Isya' ni, tapi Nabi buat, so sbg umat Nabi bagus sgt2lah kalau kita ikut Nabi, kan2?)
Meninggalkan bersama dgn isteri (lbey kurang xbersama dgn isteri la mksdnya) --> sbb masa da xckup ni, tggai 10 hari jer lagi Ramadhan ni, so maybe tangguh jap ^^,
Berbuka makan sikit shj --> byk kesan negatif bila kita mkn lbey time iftar; nak makan tu ambil masa yg lama (curik masa kita), boleh lead tu sket prut and kena 'visit' ___ (Ustadz Jo, 2011) byk2 kali, dah batai wuduk, solat x khusyuk sgla mcm.
Bykkan bersedekah. (Dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata : “Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah, dan lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan… Sungguh Rasulullah saw sangat lebih pemurah dibandingkan angin yang bertiup.”) --> tapi kena igt NIAT kena IKHLAS! Allah x tgok kuantiti tapi insyaAllah kalau niat ikhlas, Allah bagi ganjaran org yg bersedekah. 3 benda ni kena igt - a) beri seberapa mampu, b) ikhlaskan hati, c) kerapkan memberi.
Iktikaf. (Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Rasulullah saw beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan; Riwayat al-Bukhari & Muslim). Iktikaf berasal dr perkataan 'akafa' (mintak maap kalo salah) yg maksudnya berada di sesuatu tmpt. At least, sekali seumur hidup kita merasa wat iktikaf ni, cam best je ^^,
Solat berjemaah. "Benda biasa tp da terbiasa xbuat", (Ustadz Jo, 2011). Bygkan, kalau kita solat jemaah dpt 27x ganda kan pahala, dalam bulan Ramadhan ni Allah bg 700x ganda kan setiap pahala tu = pendek kata, BANYAK la pahala yg dpt tu, insyaAllah, xpayah la kita nak jugak kira berapa amount pahala yg dpt tu, yg penting, kita USAHA, insyaAllah ^^,
Banyakkan solat sunat. Dhuha, Rawatib (tiap2 kali solat try amalkan fully) , etc... even yg jarang2 kita buat or even jarang2 dgar (hee, tadi mcm2 Ustadz tya pnah wat x solat sunat hat ni, hat tu, yg xpnh dgr pon ada T_T) kita bedal buat for d last 10 days of Ramadhan ni. Tadi Ustadz ada gak share kisah Bilal b Rabbah; Nabi dgr tapak kaki di syurga, Nabi tya Jibril derapan kaki sapa tu and Jibril jawab itu adalah derapan kaki Bilal. So, Nabi pon tya semua amalan yg Bilal buat and Bilal ckp antaranya dia xpernah tinggalkan solat sunat wudhu'. --> Tapi kena la igt, kalau kita xtahu nak wat solat2 sunat ni, kena wat apa? Kenalah carik org yg lebih mengetahui, ye dok? ^^, Hati2 ngan 'ustadz Google' noh, hee!
Khatam Quran. Ustadz gne formula '1 juzuk stgh' utk sehari (sapa yg amalkan formula ni, ptut da abeh la time 20 Ramadhan, hee!). Hmm, sapa2 yg xabis or agak2 mcm byk je lagi xhabis, kena la PULUN lebyh siket in this last 10 days ni. 3 juzuk sehari ke, gulp! Nampak mcm 'extreme' tapi mmg kena GO to d EXTREME waktu2 camni. Sebabnya, xbleyhla kita didik diri kita ni dgn didikan spt hari2 biasa, kena amek kesempatan time setan dok kena belenggu ni utk kita 'jinakkan nafsu' kita yg degil tu! Hat tu yg Allah bg byk gila motivation time Ramadhan ni (pahala 700x ganda, laillatul Qadar lagi, keampunan, rahmat, mcm2 lagi), xkesahla kita nak tgok aspek intrinsic motivation or extrinsic motivation, hee!
Buat segala amal kebaikan lain yg termampu. Cth - sapu koridor (Ustadz Jo, 2011), tlg org sgla mcm... Tinggalkan segala bentuk mcm kata2 yg x bwk paedah or sia2, menipu, lucah, lawak2 kosong > baik DIAM n bce Quran, hee! Ustadz ckp, bukan saya, hee!
Lailatul Qadar. Allah gne perkataan ' khairu' yg maknanya LEBIH BAIK. So, lebih baik dr 1000 bulan, bukannya sama dengan 1000 bulan (brpa exactnya, wallahualam tapi pendek ceghiter more than 1000 bulan). Ce kite amek cth solat sunat rawatib; kalau kita dpt pahala LQ ni, solat sunat rawatib kita 'berharga' 82 tahun 10 bulan, fuyyooohh! So jom kita sama2 carik LQ ni dlm 10 mlm yg terakhir ni, tggai bapa hari jer lagi nieh. Ustadz ckp, kita pulun ja bedal 10-10 hari tu, bukannya dlm mlm2 yg ganjil tu shj (21, 23, 25, 27, 29, stgh ulamak msukkan 17 & 19 Ramadhan) supaya kita x terlepas peluang LQ ni akibat asyik dok fikir tanda2 LQ segala benda. Buat ja, xrugi pon, ye dok? HAH! utk perempuan2 yg xmampu dlm last 10 days ni lagu mana plak? T_T Xper2, bykkan zikrullah & Ustadz ckp boleh je kita baca Quran yg tlh kita lafaz mana2 bhgn tnpa sentuh musyhaf. InsyaAllah, Allah tgok usaha, jgn putus asa eh!
Lastly, nak quote Ustadz Jo cerita psal analogi yg Ustadz Hasrizal bg utk situasi 'syaitan dirantai di bulan Ramadhan'. Mmg setan2 semua nih kena rantai tp ce kita bygkan anjing yg kena rantai, kita sua tangan kita kat dia. Mau kena 'NGAP' ye dak? Mcm tu jugak kita, kalau pon setan2 ini dirantai but kalau kita pergi sua tgn or mendekati dia (jalan kejahatan & dosa), nafsu kita pon akan besar kemungkinan akan di NGAP yakni kita ikut nafsu kita yg selalu mendorong ke arah kejahatan. Dah tu, dok la joh2 ngan 'anjing' supaya xkena 'NGAP'. Walaupon mcm syok je kita nak jolok2 tgn kat 'anjing' tu (nafsu sering memanggil2 kita wat dosa yg dulu2 tu), curious la katakan, kena IGT! Nanti kalu kena 'NGAP', xpasai2 kena p sepital, abes duit segala bagai, kena tahan sakit lagi... Time ni bleyh la, ada 'MediBank' (time Ramadhan), kalu xder 'MediBank' naya nak kena bayaq gne wet sendiri... (medibank nye analogi sengaja ditambah, Ustadz Hasrizal n Ustadz Jo xckp pon psal ni erh, hee!)

>>> Actually, segala points2 di atas ada hadith nye, tp xsempat nak salin td, so gi wat homework, ahakz~

Mohon maaf salah silap points or kata2, moga kita semua beroleh keberkatan, rahmat, keampunan dariNya n moga kita semua terselamat dr api neraka n dikurniakan SurgaNya, insyaAllah... JOM KEJAQ this last 10 days of Ramadhan!!! Mana tahu kita x sempat rasa Ramadhan tahun depan.....

Wallahualam~~
P/S : SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA.INSYAALLAH :)

Thursday, August 4, 2011

panas terik apa tu??

assalamualaikum..
syukur ke hadrat Ilahi yang sentiasa memberi manusia ruang dan peluang untuk terus beribadah kepadaNya..Ya RAMADHAN datang lagi membawa 1000 rahmat tersembunyi......seperti yang diketahui umum berpuasa di Bulan ramadhan merupakan rukun islam yang ketiga..kenapa kita perlu berpuasa??

supaya kita menjadi orang yang bertaqwa..teringat zaman kecik2 dulu...waktu tu aku umur 10 tahun adik yang bomgsu merengek2 nak susu...almaklum lapar..bu plak keje sampai petang..nak tak nak berbekalkan 'instruction " dari ibu ak aku pun bancuh susu untuk adik aku,faiz..dia baru umur 3 tahun..lepas siap bancuh ak dengan sukarela nya terus teguk susu tu konon nak taste la..hhaa lepas tu ak dgn slumbernya rase..pa lagi setelah ak yang mendapat kesedaran yang aku ni tengah berpuasa terus lari dekat singki n berkumur..moralnya: hati2 kalu adik2 korang suruh bancuh susu..huhu
sabor je lah..
memang di bulan yang mulia ni kita digalakkan untuk menambah amal ibadat yang sebenarnya dapat diibaratkan senipis kulit bawang...ha..di bulan yang dijanjikan dengan bermacam2 nikmat ni lah kita seharusnya memaksa diri mencari keredhaanNya...bukan kah tugas kita di dunia untuk beribadat kepadaNya??


p/s: semoga Ramadhan ini memberi cahaya ke setiap diri muslim ..InsyaAllah :)
info khas : ramadhan bermaksud panas terik :)

Sunday, April 17, 2011

Kisah Pemuda Beribu bapakan Babi


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

p/s : "SAYANGILAH IBU BAPA ANDA SELAGI MEREKA MASIH ADA :) "

Thursday, March 24, 2011

Hati Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya dikala melihat ayahnya mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab: "Sebab ayah seorang lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian: "Saya tidak mengerti." disulami dengan kerutan di kening kerana jawapan ayahnya membuatnya dirinya kebingungan.

Ayah hanya tersenyum. Dibelainya rambut anaknya itu lalu menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan: "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik si ayah, menambahkan kebingungan di hati si anak.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Lantas Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga memang akan kelihatan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok?

Sehinggalah pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.

Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh.

Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

- Artikel iluvislam.com



P/S : AKAK SAYANG ABI N UMMI :)

Tuesday, March 15, 2011

...Percayailah sesungguhnya Allah menyayangimu...


Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw, ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub, ”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw, “Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw, “Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang. PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu… <3 <3 <3

Monday, March 14, 2011

BERJUANG DI JALANNYA... ( QULIL HAQQA WALAUKAANA MURRA: KATAKAN YANG BENAR MESKIPUN PAHIT

kata mutiara pilihan 2


Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH
s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu
sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT
ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah;Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS
UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN
DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG
MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan.
( HarietaWahab)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)
" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu
membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka
tiadalah perpisahan"
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah
dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)
" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek
moyang"
(Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan
hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal
tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara
yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti
akan menghasil kecemerlangan."

refernsi : karya sahabat

Saturday, March 12, 2011

IMPIAN AKU KE MEKAH~~ moga ALLAH TUNJUKKAN JALANYA =)

Firman-Nya :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Assalamualaikum semua....somga kita sentiasa di dalam rahmatNya dan selawat serta selawat serta salam ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...Alhamdulilah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara yg segar serta diberi nikmat kesihatan ...syukur alhamdulilah..
bermula lah alkisah...begini
masa kat surau tadi ade la seorang penceramah jemputan bg penerangan ttg pakej haji..memang menarik la
antaranya ialah:
1.SEBENARNYA DALAM HIDUP ADA 2 PANGGILAN PENTING:
1: PANGILLAN KE RUMAH ALLAH (mekah)
2: KEMBALI KE RAHMATULLAH
TANPA KITA SEDARI SEBNARNYA DUNIA NI HANYALAH TEMPAT PERSINGGAHAN SEMENTARA BERALIH KE ALAM YG KEKAL ABADI IAITU ALAM BAQA... SMGA KITA SENTIASA MENAMBAH AMALAN KITA
APA YG AK NAK CAKAP KAT SINI IALAH MARI PAKAT2 KUMPUL DUIT NAK KE MEKAH..KUMPUL DR SEKARANG..INSYAALLAH KT DAPAT MENJEJAKKAN KAKI KE SANA ;)

yang paling penting Allah yg pegang "remote control kita" ...maksudnya bila DIA TEKAN OFF: MATILAH KITA..KDG2 DIA TEKAN CHANNEL 501..CTHNYA SEMALAM DIA DAH OFF KAN 1500 PENDUDUK JEPUN..dalam surah yasin (QS. 36:82)
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.





Rukun Haji

Rukun Haji adalah kegiatan yang harus dilakukan dalam Ibadah Haji.Jika tidak dikerjakan maka Hajinya tidak syah


Rukun Haji Arti
Ihram Pernyataan mulai mengerjakan ibadah haji atau umroh dengan memakai pakaian ihram disertai niat haji atau umroh di miqat

Wukuf di Arafah Berdiam diri dan berdoa di Arafah pada tanggal 9 Zulhijah

Tawaf Ifadah Mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali, dilakukan setelah melontar jumroh Aqabah pada tgl 10 Zulhijah

Sa'i Berjalan atau berlari-lari kecil antara bukit Shafa dan Marwah sebanyak 7 kali, dilakukan setelah Tawaf Ifadah

Tahallul Bercukur atau menggunting rambut setelah melaksanakan Sa'i

Tertib Mengerjakan kegiatan sesuai dengan urutan dan tidak ada yang tertinggal


Wajib Haji

Wajib Haji adalah kegiatan yang harus dilakukan padaIbadah Haji, jika tidak dikerjakan harus membayar dam (denda)

Wajib Haji Keterangan
Niat Ihram Dilakukan setelah berpakaian Ihram
Mabit (bermalam) di Muzdalifah pada tgl 9 Zulhijah Dalam perjalanan dari Arafah ke Mina
Melempar jumroh Aqabah Pada tanggal 10 Zulhijah
Mabit di Mina Pada hari Tasyrik (11-13 Zulhijah)
Melempar jumrah Ula, Wustha dan Aqabah Pada hari Tasyrik (11-13 Zulhijah)
Tawaf Wada Melakukan tawaf perpisahan sebelum meninggalkan kota Makkah
Meninggalkan perbuatan yang dilarang saat Ihram ---












Friday, March 11, 2011

Panduan mendidik hati bersih jauhi perasaan dengki, khianat



Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

SUDAH menjadi lumrah, ada sesetengah manusia yang berasa kurang senang apabila melihat kelebihan nikmat dikurniakan Allah kepada orang lain. Untuk menghapuskan perasaan negatif itu, kita seharusnya mengikuti panduan digariskan Nabi SAW.

Diceritakan kepada sahabatnya, Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi SAW pernah suatu hari berpesan kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Ini satu panduan terbaik buat kita menelusuri kehidupan di dunia dengan tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap orang lain. Memang benar, ada manusia diberikan nikmat kurniaan dalam bentuk limpahan kekayaan kebendaan ataupun anak yang ramai.

Dalam hal pemilikan harta kekayaan dunia, seharusnya kita meneliti bagaimana orang itu mendapat hasilnya. Mungkin kerana kecekapan dan kegigihan usaha penuh dedikasi sehingga memperoleh nikmat Allah itu. Kita fikir dan renunglah sebagai iktibar supaya turut sama berusaha gigih.

Kita dilarang keras melakukan sebarang pengkhianatan ataupun perbuatan sabotaj terhadap usaha dan perolehan mereka.

Cubalah kita membawa mata hati berfikir dan melihat kepayahan hidup orang lain yang lebih rendah daripada kita. Sudah tentu pada ketika itu kita berasa sangat bersyukur kerana berada dalam keadaan lebih baik.

Ini sebenarnya inti pati hadis Nabi SAW yang mengajak seluruh umatnya bersyukur atas segala nikmat dimiliki dan tidak melihat kepada golongan yang sudah kaya dan mewah hidupnya sehingga terkocak dalam hati rasa dengki.
Rasulullah SAW meminta kita sentiasa bersikap syukur atas nikmat diberikan Allah dan bersifat qanaah, iaitu berasa cukup kurniaan Allah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sangat beruntunglah orang yang memeluk Islam, diberikan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikannya berasa puas terhadap apa yang Dia berikan kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Namun, dalam aspek ibadah, kita harus melihat kepada orang yang lebih baik daripada kita. Jika ada kalangan sahabat atau ahli masyarakat yang hebat amal ibadat wajib mahupun sunat, perlu dijadikan ikutan supaya kita juga tergolong dalam kategori mukmin salih dan kuat beribadah.

Ingat pesanan Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32)

Selain itu, perbuatan berdengki dengan nikmat dimiliki orang lain akan membawa kepada kemurkaan Allah dan menyebabkan si pelaku hilang pahala segala amalnya. Oleh itu, kita sewajarnya mendidik hati supaya bersih daripada tompokan rasa dengki