MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Friday, February 15, 2013

KISAH SEMUT DAN NABI SULAIMAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman 
nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa 
hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah‐
tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki
untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau
makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu
bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan
setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas
batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada
Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung
pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah
sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!! :)


hamba ALLAH,
Nurainin Sofia Binti Halim

Monday, February 11, 2013

سُبْحَانَ اللّهُ (Subhanallah)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Lama ak x mengupdate blog nih.dengan cuti sem yang masih berbaki 1 minggu..اَلْحَمْدُلِلّهِ (Alhamdulillah)
masih lagi di beri peluang untuk bernafas dan menghirup udara yg Allah jadikan dalam bentuk yg tak dapat dilihat dengan mata kasar.Dalam istilah sains oksigen ialah dalam bentuk compound yaitu o2.Dengan izin Allah jua aku menghabiskan masa sebagai ustajah di Madrasah Hadanah di Sabah.Insha Allah bekerja sambil beramal..اَلْحَمْدُلِلّهِ (Alhamdulillah) sejuk mata memandang anak-anak murid yg suci fitrahnya..Cabaran jugak nak mengajaq depa ni..Ya lah setiap org berbeza potensi da kebolehan.Tapi setakat ni alhamdulilah sumanya ok..Kesempatan mengajaq di madrasah dpt ak join usrah..Maknanya tak bergantung kpd usrah di universiti semata-mata..Ada la ak berpeluang join rehlah di pantai Tanjung Aru dan juga di Simpang Mengayau Kudat..

Rehlah di Tanjung Aru 
اَللّهُ اَكْبَرُ (Allahu Akbar)
اَلْحَمْدُلِلّهِ (Alhamdulillah)
سُبْحَانَ اللّهُ Subhanalla)
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” (Surah al-)Imran,ayat 190-191

ustajah2 pilihan yang ber-rehlah bersama di Tanjung Aru ><

     Di Simpang Mengayau Kudat sempena Hari Keluarga ISMA ><



    Anak murid yang comel : Eka Zulfathi Najhan ; berusia 5 tahun dah banyak hafal surah n mengaji Al-Quran <3

                                             gelagat kelas ptg darjah 3 ><




aiman anak murid yang rajin n buat hati ak tersentuh :')
ikuti kisah Aiman di fb aku 

hikmah : 
Hilal Asyraf(Official)
Tuhan bagi kita sedih,
Tuhan akan bagi kita gembira juga.
Sebab itu kena sentiasa positif.
Tuhan kurangkan sesuatu pada kita,
Tuhan akan berikan sesuatu yang lebih juga pada kita.

Tinggal kita sahaja perlu belajar memerhati,
dan belajar bersyukur dengan aturanNya.

Paling penting jangan berputus asa,
teruskan usaha dan usaha.

Hamba Allah,
Nurainin Sofia Binti Halim