TUGAS SEBAGAI DAIE ^_^





Seorang pernah mengadu, ” Aku yang meletakkan diriku sebagai seorang daie, seorang penuntut ilmu agama yang mampu membezakan baik dan buruk akhirnya aku kalah pada kekosongan waktu. Syaitan itu benar-benar musuh yang dekat..” .

Manusia memang fitrah suka kepada kebaikan, namun nafsu ammarah yang bertemankan syaitan lebih seronok memilih kejahatan sehingga kejahatan dilihat indah dan membahagiakan. Sayugia diingatkan pula, andai nafsu ammarah dituruti, hakikat fitrah akan bangkit menyalahkan dirimu tatkala hari persoalan diaju.

Pepatah arab pernah menyebut ” Kekosongan waktu telah membinasakan pemuda-pemuda ” . Aku berfikir sejenak sebaik sahaja mendengar pepatah tersebut, bagaimana waktu kosong itu mampu bertindak sebagai ‘killer’ ataupun pembunuh terhadap para pemuda.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kehidupan harian kita, kita melakukan pelbagai aktiviti untuk memenuhi 24 jam hidup seharian. Adapun aktiviti-aktiviti yang kita lakukan hari-harian seperti berada di tempat kerja, surirumah, pelajar, melakukan kerja rumah atau sebagainya ianya sama sekali tidak termasuk dalam makna pepatah arab tersebut.

Apa yang dimaksudkan ialah perkara apa yang telah dilakukan oleh para pemuda dalam mengisi waktu kosong tersebut. Mungkin sahaja waktu kosong bagi para pelajar sesudah waktu pembelajaran di sekolah adalah pada waktu petang sehingga malam. Oleh itu waktu kosong itu para pelajar mungkin akan mengisinya dengan perkara berfaedah seperti menelaah pelajaran ataupun memilih untuk aktiviti tidak bermanfaat seperti menonton drama, bersembang dengan kawan ,lepak dan sebagainya.

ISI WAKTU KOSONG DENGAN KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN

Allah SWT mengilhamkan kepada manusia 2 perkara dalam hidupnya, menurut firman Allah SWT ” Fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha “, maka Allah SWT telah mengilhamkan kepada manusia ini perkara kejahatan dan perkara kebaikan. Namun begitu Allah SWT telah mngariskan perkara-perkara yang disukaiNya, yang diredhaiNya dan begitu juga memberitahu kepada manusia akan perkara-perkara yang dimurkaiNya, yang dibenci olehNya. Maka pilihan ada di tangan para hamba, samaada memilih apa yang diilhamkan iaitu kebaikan mahupun kejahatan.

Kita kadang-kadang berfikir, ” Apa aku nak buat petang ni? ” atau kadang-kadang bertanya kepada kawan ” Malam ni takda kerja, nak buat apa ya?” .

Ingat sahabat-sahabatku, Allah SWT memberi pilihan kepada kita, jangan kita lupa perkara ini…

” Pi tengok wayang la malam ni,” cadangan pertama. “Pi jalan-jalan kat bandar la hari ni, ada fun fare” satu lagi cadangan disuarakan. ” Lepak dengan kawan-kawan je “, “erm,takda keje nak buat.tengok TV je la atau layan internet ” ..dan begitu banyak lagi cadangan-cadangan datang bagi mengisi waktu kosong tersebut.

Pernahkah kita mencadangkan kepada diri kita mahupun sahabat-sahabat kita untuk mengisi waktu kosong atau musim cuti dengan menghabiskan beberapa surah untuk dihafal? khatam al-quran menjadi perkara wajib setiap bulan ? menyertai program-program tarbiyyah , motivasi dan sebagainya? membaca buku-buku berunsur ilmiyyah mengisi waktu lapang? dan banyak lagi perkara-perkara ‘taqwa’ yang disukai oleh syarak.

JANGAN LUPA, KITA MEMILIH DAN KITA SENDIRI YANG MENDAPAT HABUANNYA.

Aku suka memilih teori ‘ Begin with the end of mind ‘ iaitu kita memulakan sesuatu perkara dengan memikirkan @ membayangkan hasil pada akhir perbuatan tersebut. Kalau orang bukan Islam memikirkan keuntungan bagi setiap perkara sebelum mereka menceburi sesuatu, maka ummat Islam seharusnya bertindak memikirkan sesuatu yang lebih jauh iaitu ‘ SYURGA ATAU NERAKA ‘.

Akal kita dicipta begitu indah kerana mampu berfikir logik dalam menentukan perkara baik ataupun buruk dan akal yang dianugerahkan ini juga diberi keupayaan untuk mengimaginasikan masa depan. Oleh kerana itu, kaedah ‘ Begin with the end of mind ‘ seharusnya menjadi kaedah utama kita dalam menentukan perkara-perkara yang akan kita lakukan iaitu membayangkan hasil dan habuan yang bakal kita perolehi akibat perkara tersebut.

Di samping itu, dalam menentukan perkara apa yang bakal kita atur bagi mengisi waktu-waktu yang bernilai itu seharusnya berpandukan apa yang disarankan oleh Allah SWT dalam firmanNya, ” Fastabiqul khoiraat ” iaitu berkejarlah melakukan kebajikan. Adapun pesanan daripada Rasulullah SAW ” Salah satu ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah ketika ia meninggalkan pekerjaan yang tidak memiliki manfaat (bagi dirinya atau orang lain).” (HR Muslim).

AMALAN KEJAHATAN YANG MENGISI WAKTU KOSONG TELAH MEMBUNUH PARA PEMUDA

Setiap amalan ada kesan yang bakal dirasai oleh pemiliknya. Fitrah manusia dicipta amat cenderung kepada perkara kebaikan dan tidak seronok dengan kejahatan. Adapun orang-orang yang melakukan kebaikan, mereka hidup dalam keadaan tenang dan bahagia apatah lagi merasakan diri mereka berada dalam cinta Allah kerana melakukan amalan yang disukaiNya. Adapun orang-orang yang melakukan kejahatan, hidup mereka dalam keadaan bersedih, gelisah dan jiwa mereka menjadi tamak dan selalu berasa tidak cukup dan sama sekali tidak merasai ketenangan dan kebahagiaan hakiki, seolah-olah mereka mencari sesuatu tetapi mereka tidak menemukannya.

Bahayanya apabila para pemuda yang memilih perkara kejahatan bagi mengisi waktu lapang mereka. Mereka suka mendengar nyanyian pelbagai genre yang melalaikan hati-hati mereka, suka membaca komik @ novel yang dikira mampu menghilangkan bosan mereka, mereka lebih memilih untuk bersembang dan lepak dengan teman-teman dan mendapat informasi terbaru mengenai perempuan, hiburan, sukan dan pelbagai bentuk informasi yang meluluhkan jati diri mereka selaku muslim , menonton filem-filem yang menghairahkan dan mengakibatkan kecenderungan kepada cinta, keseronokan dunia dan akhirnya melampaui batasan seorang muslim.

Aku pernah terlibat dalam satu usul dalam sebuah muktamar perwakilan pelajar, aku memohon agar sistem pendidikan maahad membuat sedikit tranformasi dalam usaha mengurangkan masalah disiplin dan akhlak pelajar. Aku melihat waktu kosong itu memusnahkan mereka, waktu-waktu untuk bersembang dan aktiviti tidak berfaedah itu lebih panjang berbanding waktu mereka menuntut ilmu. Hasil daripada salahguna waktu kosong itu menghakis jati diri mereka yang diharapkan lahir sebagai seorang daie.

Seorang pernah mengadu, ” Aku yang meletakkan diriku sebagai seorang daie, seorang penuntut ilmu agama yang mampu membezakan baik dan buruk akhirnya aku kalah pada kekosongan waktu. Syaitan itu benar-benar musuh yang dekat..”

Manusia memang fitrah suka kepada kebaikan, namun nafsu ammarah lebih seronok memilih kejahatan sehingga kejahatan dilihat indah dan membahagiakan. Sayugia diingatkan pula, andai nafsu ammarah dituruti, hakikat fitrah akan bangkit menyalahkan dirimu tatkala hari persoalan diaju.


dikongsi dr : http://travelogmujahidah.blog.com/2011/06/23/aku-kalah-pada-kekosongan-waktu/

Comments

Popular Posts