GADIS HIGH CLASS MAWAR BERDURI

CANTIK BUKAN MAWAR HATI-HATI MAWAR BUKAN SEBARANGAN MAWAR
JIKA DIDEKATI SANG KUMBANG MAWAR AKAN MENGHUNUS DURI 



            Bismillahirahmanirahim..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang selawat serta salam kepada baginda Rasul serta kepada keluarga dan sahabat baginda.Alhamdulilah cuti ini aku mahu manfaat minda ku dengan ilmu..Syukurlah Allah masih membuka pintu keampunan kepadaku hamba yang selalu khilaf dan berdosa.Aku baru menghabiskan bacaan Buku Cinta HIGH CLASS dan cintaku kerana agamamu karya FATIMAH SYARHA yang berkolaborasi bersama cik abang sayangnya,Dr.Farhan Hadi..Sangat menarik buku ini untuk remaja perempuan mahupun lelaki yang masih mencari-cari makna cinta.Aku tak terkecuali dalam hal ini..Memang fitrah manusia yang normal mahukan perhatian dan kasih-sayang namun adakah Allah meredhai tindakan kita? Aku turut tak terkecuali terlibat dalam soal hati,gejala stress bernikah awal,bermimpi mahu disunting oleh si soleh, membina baitul Muslim..
OK FULLSTOP SEKEJAP..
           Adakah kita benar-benar bersedia?Apakah bekalan ilmu dan persiapan menempuhi gerbang perkahwinan..Adakah sekadar hanya rasa-rasa aku cintakan dia..Wahai Muslimah yang aku cintai kerana Allah dan RasulNya..Kita dicipta dengan begitu indah ibarat sekuntum mawar yang mekar wangi dikelilingi kumbang yang tak berhenti-henti mendekati sang bunga.

             Ya aku juga manusia biasa,Muslimah yang masih bertatih menjadi manusia yang solehah..Membuat kesilapan demi kesilapan tatkala aku hanyut dibuai arus nafsu yang sering mengasak-ngasak dada untuk terus bersenang lenang dengan dunia khayalan bernama cinta.Syaitan ketawa berdekah-dekah saat aku tersungkur lalai dalam perasaan sendiri yang terjerat dengan permainan sendiri.Sungguh aku insaf.Pengalaman lalu mengajar aku untuk berkata jujur dan setia.Namun semuanya belum masanya..Aku mengakui kegagalanku yang mengawal fitrah hingga menjadi fitnah.SYUKUR pada Allah yang masih menuntun qalbiku agar tidak terus hanyut dengan permainan perasaan yang bertopengkan hawa nafsu semata.Ku harap keampunan Mu mengalir di segenap urat nadi ku.Allah memberi kekuatan melalui keampunan yang kudapat dari hati-hati insan yang ku sakiti dalam diam.Aku bersyukur mendapat kemaafan mereka.Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang masih belajar untuk membina jati diri..Jangan menghakimi diri ini kerana aku masih perlukan sokongan kalian sekali kurebah tak bermaya.semoga ALLAH meredhai kita dan memberi kesedaran tentang pengurusan fitrah ni..


           Insha Allah aku bukanlah seperti Muslimah lain yang hati sentiasa mengingat sang Pemilik Cinta.Aku akui aku tenggelam dengan nikmat yang Allah berikan..Ampunkan aku Tuhan kerana tidak berdaya melawan hawa nafsu ku dengan bersms,bercalling dan keluar dengan insan yang bukan halal bagiku.sungguh,aku malu dan insaf..tenggelam dalam ujian "kealpaan" tak akan sesekali melemahkan aku.Ya, kini aku belajar untuk menjadi kuat.Kuatnya seperti akar pokok yang mencengkam tanah tatkala angin ribut menyapa.Ampunkan kealpaanku yang kadang-kadang meletakkan cintaKu kepadaMu melebihi Mu..Sesungggunya aku manusia biasa yang masih belajar dan terus belajar mengenali Mu dan Rasul..Akan kusematkan ujian ini sebagai tarbiah untuk diriku agar tidak lemah di persimpangan jalan.semoga Engkau permudahkan urusanku dalam menguruskan soal hati..ALLAH aku mohon perlindungan 
dan kekuatan darimu..


            Baiklah Muslimah di luar sana yang masih belum memasuki fasa angau-palsy syukurlah kalian di beri kekuatan dan perlindunganNya.Mari aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku baca yang ku kagumi peribadi nya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin.JADILAH SEPERTI MAWAR YANG MENGHUNUS DURI..TERPELIHARA BAGI YANG HALAL..
          Perkongsian dimulakan dengan alam persekolahan ustazah yang sedia maklum banyak kumbang yang mahu menghinggapi mawar yang berduri ini.Setiap kali di uji dengan insan yang bergelar LELAKI,ustazah tidak cepat melatah.Beliau merujuk kakaknya.Kakaknya mempunyai prinsip yang sangat TEGAS DAN JELAS.
"AD-DINUL HUSNUL KHULUQ~AGAMA ITU KEINDAHAN BUDI PEKERTI."
RESIPI KEJAYAAN KAKAK USTAZAH :
~BERAKHLAK MULIA
~DISENANGI SESIAPA JUA
~CEMERLANG DI UNIVERSITI
~SELALU MENASIHATKAN ADIK
~SANGAT HORMAT IBUBAPA
~TAK BERCINTA SEPERTI REMAJA LAIN 
~MALU DENGAN ALLAH
              Nabi bersabda,"KEBAIKAN ITU IALAH ELOK BUDI PEKERTI.DOSA itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat manusia kepadanya(Riwayat Muslim).

PERSOALAN REMAJA:

Q1 : Bagaimana kalu lelaki ajak berkawan-kawan dulu selepas itu baru berfikir mahu jadikan isteri?
A: ada 2 AKIBAT yang mungkin berlaku.PERTAMA, PUTUS DI TENGAH JALAN.Kemudian dihiris KECEWA yang payah sembuh.kata
kaedah syarak~"man taa'jalla bisyaiin u'aiba bihirmaanihi"."Maksudnya,"BARANG SIAPA TERGESA-GESA MAHU CEPAT AKIBATNYA X DAPAT."Kalu Putus cinta mesti malas nak study,asyik berendam air mata.Buang masa lebih baik cegah awal-awal.KEDUA,BERKAHWIN TAPI DENGAN ASAS MENDEKATI ZINA.Bukan asas yang membina takwa.Mesti tak seronok.Penuh curiga.Yang terlewat dan bertaubatlah baru bahagia semula.Prinsip yang mesti ada bagi setiap MUSLIMAH~JAUHI DIRIKU DEKATI WALIKU.HANYA LELAKI YANG BERANI JUMPA WALI TERUS LAYAK KITA TABIK KEJUJURANNYA.Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita.Dia tiada peluang langsung mempermainkan kita.

Q:BAGAIMANA CARANYA?
A: Libatkan IBUBAPA.Mereka boleh beri NASIHAT-NASIHAT YANG BAIK dan berkongsi garam kehidupan.Remaja yang masih hijau pucuknya
akan melihat kedepan secara lebih dewasa.

Q: Kalu lelaki tu pemalu?
A: Eleh mengurat kita tak malu pula.Jika dia betul-betul pemalu , boleh gunakan khidmat orang tengah yang dipercayai.Kalu x berani tandanya main-main.Ya sebab CINTA benda besar.bukan main-main.Sepotong hadis ada 3 hal yang SERIUS : NIKAH,CERAI DAN RUJUK.(diriwayatkan oleh al-Arbaa'ah kecuali an-nasa'i dihasankan oleh al-albani dalam al-shahihah).

Q: Kalu dia berani datang jumpa ibubapa?
A: Hmm.Perlulah nikah cepat-cepat.Nabi bersabda, tiada yang lebih layak bagi dua orang yang saling menyukai KECUALI MENIKAH.

Q : kalu dia usik?
A: Jangan rendahkan akhlak kita dengan marah-marah dia.Jaga AKHLAK MUSLIMAH yg SOPAN,LEMAH LEMBUT ,HIKMAH tiada cakap kotor dan tengking-tengking.Tak payah tengking dan marah x cocok dengan sifat malu muslimah.Rasullulah saw meingatkan: MALU itu sebahagian daripada iman,iman pada seseorang itu berada di dalam syurga.Percakapan yang buruk itu pula termasuk dalam kekasaran.Kekasaran berada di dlam neraka.(riwayat al-Tarmizi)

                 Oleh itu saya mengajak diri sendiri dan Muslimah Mawar berduri agama untuk sama-sama beristigfar.."BARANGSIAPA YANG BERISTIGFAR MAKA ALLAH S.W.T AKAN MENGHAPUSKAN SEGALA KEDUKAANNYA MENYELESAIKAN SEGALA MASALAHNYA DAN MEMBERI REZEKI DARI ARAH YANG TAK DISANGKA-SANGKA.(riwayat Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah,al-hakim dari Abdullah b.Abbas r.a)."BEGIN WITH THE END OF THE MIND~DR.STEPHEN R COVEY dalam bukunya yang bertajuk 7 Habits of Highly Effective People.Pesanan dr.Ilham dalam buku malamih al-mujtama' al-muslim allazi nansyuduhu ciri-ciri WANITA SOLEHAH :"Tidak bercampur dengan lelaki asing~bukan mahram) kecuali kerana keperluan
mendesak , kemaslahatan,yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi.Contohnya : solat di masjid,menuntut ilmu,dan bantu membantu atas dasar kebaikan serta takwa.Agar wanita tidak dihalang daripada menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakat nya.Disamping itu,tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

p/s :semoga ALLAH sentiasa menuntun qalbi kita untuk kembali ke jalan-Nya...


Hamba ALLAH,
Nurainin Sofia Binti Halim

                 

Comments

Post a Comment

Popular Posts