MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Wednesday, June 26, 2013

~JATUH~

~JATUH~

          Bismillahirahmanirahim dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..segala puji-pujian Hanya utkMu..Selawat serta salam utk baginda Nabi Muhammad s.a.w yg sabar dan berhikmah menyebarkan risalah Islam yg mekar mewangi meskipun berlalunya 1400 tahun.Namun cinta baginda kepada umat sentiasa harum mewangi..
     
       Insha Allah dah masuk lima hari aku bercuti di rumah.Ujian datang bertandang bertali arus menguji sisa kekuatan aku sebagai hambaNya.Namun aku tak mahu mengalah dengan ujian dan akan memastikan hatiku sentiasa di tonyoh serta ditarbiah dengan "clorox" iman n ketakwaan pada Allah..Cuti bermula dengan peristiwa sedih tatkala aku letih merehatkan diri atas faktor perjalanan pulang dr Sabah ke Kuala Perlis mengambil masa sehari suntuk aku tiba-tiba bagaikan terjaga dari mimpi panjang..Teriakan Ibuku tengah hari itu benar-benar mengoncang jiwaku..Abah yg ku kasihi terjatuh di dalam blik air lalu dadanya terhempas di lantai.Aku yang masih dalam keadaan mamai terus bergegas bangun dan menerpa..Abahku bersiap2 lalu memandu dalam keadaan sakit ke hospital dengan ibu setia di sisi sambil berdoa.Aku tak dapat membantu kerana aku tidak mempunyai lesen memandu..Ya Allah selamatkan abahku dari mala petaka dan bahaya..Permudahkan urusannya ya Allah..Doaku beserta esak tangis.Perkhabaran duka ku kirim lewat sms untuk kakak sulungku yang sibuk bekerja..
        
         Aku dengan pantas mandi lalu menumpang emak saudaraku ke hospital Kangar.Sebaik sahaja sampai ke sana aku menerkam turun dari kereta lalu pergi ke wad kecemasan.Syukurlah di situ aku lihat abahku gagahi berjalan.Aku tak dapat menahan air mata yang mengalir di pipi lalu mengekori abah ke kaunter ubat.Bagaikan luruh jantung ku..Sepanjang menunggu abahku mengambil ubat air mata serta doa tak berhenti-henti mengalir.Alhamdulilah ujian x-ray mengatakan abahku tidak mengalami sebarang keretakan di tulang dada mahupun patah.Aku sangat bersyukur x berkata-kata.Itulah peristiwa yang merenggut lenaku..Pulang ke rumah adik beradik abah mengunjungi tak putus.Kakak sulung sekeluarga turut pulang lewat petang kejadian.Inilah dikatakan kasih saudara.Di dalam hati aku berdoa semoga ALLAH memanjangkan umur ibu dan abah agar aku dapat berbakti dan menjadi anak yg solehah..

        25 Jun 1953 tarikh keramat di mana lahir seorang bakal ayah yang berwibawa membesarkan anak-anaknya dengan sikap berhikmah dan sabar yang tinggi serta sifat merendah diri.Aku dan adik beradikku bersyukur di kurniakan abah yang sangat sporting serta kuat pegangan agamanya.Sepanjang umur hidupku aku amat takut akan lelaki yang bergelar "abah".Masakan tidak,abah seorang bekas askar yang berpengalaman bekerja selama 13 tahun.Kami adik-beradik dibesarkan dalam suasana disiplin n pengisian agama yang abah cuba kongsikan walaupun sedikit.Masa kecilku aku asyik dengan mainan dan duniaku..Mahu aku kongsikan cerita menarik? Mulanya begini aku di masa kecilku tersangatlah nakal n suka bergaduh dengan adik perempuanku,Uyin.Suatu hari,abah keletihan setelah penat memandu teksi.Selepas pencen dari askar ayahku membeli sebuah kereta Proton lalu menukarkannya menjadi teksi,mata pencarian abah membesarkan kami adik-beradik dengan ibu bekerja sebagai kerani akaun di sekolah rendah Cina berdekatan SJKC CHOON SIEW.Hidup kami sederhana tapi bahagia.Abah menyuruhku menghafal sifir memandangkan ujian bulanan ku tidak memuaskan.Abah memberi masa lebih kurang 5 minit untuk menghafal namun aku mengambil sambil lewa sahaja arahan abahku.
5 MINIT BERLALU..
tiba masanya abah ku menguji kecerdasan akalku.Aku gagal menjawab sifir yg ditanya oleh abah..Lalu PANG..5 jari abah hinggap di pipi gebuku..Bukan niatku menceritakan kegarangan abah..Tidak sama sekali.Kukasihi ibuabahku dalam sabar dan membesarkan kami adik beradik.Apa yang ingin aku sampaikan keperibadian abah yang tegas dan garang telah membentuk kami adik-beradik menjadi insan yang berguna.Sejak dari peristiwa "Penampar Jepun"keputusan Matematikku meningkat dengan cemerlang beserta subjek lain.Alhamdulilah ketegasan abah dalam mendidik aku berjaya memberi kesedaran betapa pentingnya kecemerlangan adik beradik.banyak peristiwa yang mencuit hati berlaku antara abah dan aku.
        
      YA Allah Kau menjadi saksi kepada diriku,aku seorang anak yang masih bertatih menjadi anak yang solehah,yang masih bertatih belajar mentaati Mu dan Rasul serta Kedua orang tuaku.Aku mohon ya Allah permudahkanlah aku untuk menjadi anak yang solehah.Ku yakin dimana keredhaan ibubapa di situ terletak keredhaanMu..Dalam surah Luqman {31:14} "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya).Ibunya telah mengandung dalam keadaan lemh yang bertambah-tambah dan menyusunya dlam usia 2 tahun."Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu."Alhamdulilah Allah atas kurniaan syurga cinta iaitu ibuabah yang sentiasa berada disisiku semasa susah atau senang.semoga Allah meredhai kita semua dan dikumpulkan ke JannahNya kelak..Amin ya Rabb.. <3

Ku akhiri dengan secebis puisi,
Apabila kita jatuh kerana manusia,
bangunlah kerana Allah,
Dia sebaik-baik Pelindung
Sebaik-baik Pemelihara..
 ~Hilal Asyraf~
Hidup ini adalah untuk mencari redha Tuhan,
kerana itu kita tak berputus asa untuk bertaubat walau manusia tak menerima kita,
"Allah MENCINTAI MEREKA DAN MEREKA PUN MENCINTAINYA~{AL-maidah : 5: 54}

hamba Allah,
Nurainin Sofia binti Halim 

No comments:

Post a Comment