jom heboh di surau (TIADA SERUAN YG PENTING SELAIN SERUAN DARI ILAHI)


haaa...apa lagi kalu dah mssuk waktu fardhu solat tu..cepat2 la yer p amik air semayang..tinggalkan segala benda duniawi..nak kena listkan kat korang ker?? hehhehee jap2 ak listkan :1.laktop (confirm tgh berfacebook @ ym)
2.handphone: paham2 la x kan nak bergayut mcm monyet kat kg E kut...
3. tido: mentang2 le cuti CNY korang bedAl tido smpai tghari...heheehe
ok x mau taw ka kelebihan solat berjemaah mai nak royak, nak kata pepatah melayu kalu hampa x kenal maka x cinta :):

Kelebihan solat berjemaah



Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

Fardhu ain pada solat Jumaat;
Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.

Wallahu a’lam.

Comments

  1. kalu yg xmngadap laptop, xgyut, n xtidoq..cmna lak??? hehhehehe...juz tanye..uji jwpn..hehhee..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah ye kak sy try jwb..sebenaqnya kak semuanya ats kt..bermula dr hati..kan kak tahu hati ialah kapten bg segala amal perbuatan kt...so kemudi la elok2...sy dulu ckp betul kalu nak solat jemaah ni liat sungguh..g pn waktu maghrib n isyak jer..tp alhamdulilah sem ni sy dah islahkan dr..alhamdulilah :)maaf la kalu jwpan sy x dpt ember penjelasan yg sewajarnya..semuanya berbalik kpd dr kt :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts