NAFAS BERBAU..EWWWWWWWWWWWW~~~




ASSALAMULAKUM dan wang shang hao ni men (slmt ptg)
hari aku nak bercerita skit pasal bau mulut..opss...sensitif kan?? dah mcm2 produk keluaq utk bg harumkan mulut..tp da korang kisah?? mstlah kan..x kan nak biaq org sebelah korang tutup hdg dgn sapu tgn lak...sebenarnya bg yg Muslim amalan penjagaan gigi mmg amat ditikberatkan..bayangkan sebelum kita bersolat kt dituntut bersiwak @ gosok gigi..jgn la plak ya g solat jemaah nak2 plak lps makan makanan yg berbau spt petai, jering terus g solat..bertimbang rasalah sikit..jgn sbb anda org sebelah x khusyuk dlm solat...RAJIN2 LAH GOSOK GIGI...1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

ni adalah kelebihan bersiwak :


1.Mengharumkan mulut.
2.Mencerahkan penglihatan.
3.Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman.
4.Memerdukan suara.
5.Memfashihkan percakapan.
6.Memperhiaskan solat.
7.Menghilangkan rasa mengantuk.
8.Mendapat keredhaan Allah SWT.
9.Malaikat berbangga atau Malaikat memuji orang bersugi.
10.Menghimpun segala kebaikkan.



so apa tunggu lagi rajin2 la gosok gigi...


1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.

3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )

- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )

2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .


( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )

Comments

Popular Posts