Program menarik sepanjang tahun 2012


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
           Bismillahirahmanirahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda. InsyaAllah entry blog kali ini aku nak membicarakan tentang ♥ ♥C.I.N.T.A. Cewah.. Bila sebut soal cinta yang tertidur pun terjaga. Tak gitu? Masakan tidak cinta itu fitrah setiap insan yang bernama manusia. Tanpanya manusia menjadi lemah ,kaku dan tak berdaya. InsyaAllah dengan suntikan rasa cinta yang berlandaskan syariat bisa membuat seorang manusia bersemangat mengharung hari-hari yang mendatang. Apa itu cinta? Kalu cinta kepada siapa? Kenapa perlu bercinta? Kalu bercinta apa syarat-syaratnya? Aku nak amik kata-kata yang  dipetik dari Imam Ibn Qayyim al -Jawziyah mencoret dalam catatannya Rawdah al-muhibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin (Taman Orang yang Cinta dan Rindu) bahawa ada 60 istilah cinta..
♥ ♥CINTA♥ ♥ boleh diibaratkan …
1.Adakalanya ♥ ♥cinta♥ ♥ boleh menjadi seperti singa dan pedang - berkuasa, mulia dan gah di tangan pejuang. Cinta ini menjadikan yang hina menjadi mulia, yang miskin menjadi kaya jiwa, yang kaya menjadi dermawan dan yang melarat menjadi terhormat. Inilah cinta yang Allah redha iaitu cinta kepada Allah,Rasullulah,ilmu, keluarga, perjuangan dan seumpamanya.
2.Adakalanya ♥ ♥cinta♥ ♥ menjadi bencana besar - mengundang 1001 akibat sengsara ,derita dan penyesalan. Cinta inilah yang menjatuhkan seorang pemimpin hebat spt Bill Clinton krn seorang wanita bernama Monica Lewinsky. Begitu juga cinta ini merosakkkan populariti “Tiger Wood” si juara golf dunia kerana skandal seksnya.
3.Adakalanya ♥ ♥cinta ♥ ♥juga menjadi seperti arak yang memabukkan- Khayal dan tenggelam. Hilang arah dan pedoman. Inilah cinta sebelum pernikahan. Cinta ini banyak ditagih oleh anak2  muda masa kini. Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tidak mampu menikmati lazatnya nasihat.
Sumber :Majalah Solusi 36
Kolumnis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Tajuk     : Kerana dia, ALLAH dipersia

PROGRAM “DIALOG CINTA”

Nasihat berguna buat para pemuda –pemudi (Muslimin dan Muslimah)  yang  sedang  berpasangan (couple) dari Imam Muda Fakhrul
*SYARAT-SYARATNYA*:
••►Tundukkan  pandangan .

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ  وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. 
[ An- Nur : 30 ]

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ
ۖ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
[ An- Nur : 31 ]
Dalam ayat tersebut, Allah memerintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan.. Kemudian barulah diperintahkan wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat. Hal ini membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya. Lebih-lebih lagi pada zaman modenisasi ini di mana wanita bebas berpakaian malah berlebih-lebihan dalam bertabarruj tanpa mengikut etika agama mahupun tertib berpakaian.
••►Mesti tutup aurat dengan sempurna.
••►Mesti ada hijab pembatas.
••►Jangan berdua-duan.
••►Tidak melunakkan suara  
••►Allah berfirman dalam Al-Quran surah AL-Ahzab {33 : ayat 32} “Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain , jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemahkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

♥ ♥Hati orang bujang tak terjaga ?♥ ♥
        Tiada jaminan untuk mereka yang berkahwin boleh terlepas daripada godaan maksiat. Jika rumahtangga itu dibina hanya atas dasar elak maksiat semata-mata, jadilah perkahwinan itu sebagai tuntutan nafsu sedangkan dalam islam, perkahwinan merupakan tuntutan agama.
        Perlu disedari bahawa perkahwinan bukan sekadar ikatan sah antara dua insan malah juga mempunyai skop tanggungjawab yang perlu digalas. Perkahwinan mestilah mempunyai matlamat yang jelas kerana ia merupakan satu ibadah serta mengikuti sunnah nabi. Apabila difahami bahawa perkahwinan juga merupakan wasilah untuk beribadah kepada Allah dan melazimi sunnah Nabi SAW, rupanya hal inilah yang akan menghindarkan seseorang dari maksiat.

~SEKILAS PANDANG SEKITAR PROGRAM “DIALOG CINTA” ~

Barisan AJK "Dialog Cinta"

~ “Family Day”Silat Cekak Hanafi (SCH) UMS (27 MAY 2012) ~
AHLI SILAT CEKAK HANAFI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Antara aktiviti yang diadakan ialah senaman aerobic,dan “treasure hunt”. Senaman aerobic dikendalikan oleh saudara Azmi. Memang best tak terkata almaklum dah lama tak meregangkan otot tubuh.Selepas itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan aku da 5 orang;kak Arfah,kak Fifah,Encik Masri,Nizam dan aku J. Kami kena buat sorakan untuk setiap kumpulan. Nama kumpulan aku Hi-Five, bukannya roti Hi-Five yer. Alhamdulilah , setelah berlari ke sana ke mari dan melengkapkan semua tugasan yang diberikan kumpulan kami muncul juara.Yang aku suka masa checkpoint kedua, kami ditanya mengenai pantun silat cekak hanafi. Apalagi penyelia kami yang berwibawa, En.Arom Bin Saidon kena serbu la.Sampai sekarang aku masih dok ingat pantun tu:
”Silat cekak amatlah mudah,
Bagi mereka  yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
InsyaAllah mendapat faedah.”
             Yang pasti dengan adanya “ family day” macam ni hubungan antara ahli silat dah macam “family”. Aku sedih juga ada kakak dan abang yang bakal menamatkan pengajian mereka di Universiti Malaysia Sabah. Bertemu dan berpisah merupakan adat dengan manusia. InsyaAllah di masa akan datang kami dapat bertemu lagi. Sayonara super senior silat J Banyak kenangan pahit manis dalam silat. InsyaAllah yang baik jadikan tauladan yang tak baik jadikan sempadan.






 Jalan-jalan dekat jeti di ODEC {31may 2012}




Sabda Nabi Muhammad s.a.w (qudwah hasanah : contoh ikutan yang baik) J: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat”..
“Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).” {surah Al'a 87:8}

♥ ♥Hamba ALLAH♥ ♥,
Nurainin Sofia Binti Halim



Comments

Popular Posts