MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Friday, February 11, 2011

Keikhlasan Penawar Kesulitan



Malam itu seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat latihan 'breakdance' di Dataran Tanjongmas,Muar. Tiba-tiba badan aku terasa sakit-sakit lalu menjejaskan niatku untuk keluar.Mungkin badanku tidak dapat menanggung kepenatan setelah seharian aku membanting tulang membantu kawanku,Pain memunggah barang-barang untuk dipindahkan ke Melaka.

Petang itu aku diminta untuk membantu Pain untuk memindahkan barang-barang ke stor sementara di Jasin,Melaka.Kebetulan ketika itu aku sememangnya sedang makan angin-angin kosong di rumah.Lalu aku memintanya mengambil aku di rumah.Sememangnya penat menggigit badanku sesudah selesai kerja-kerja memunggah.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Jasin.Setibanya di persimpangan lebuhraya Melaka,rakanku,Prof,berhenti tiba-tiba.Aku bertanya mengapa berhenti sedangkan destinasi masih lagi sejauh 10km.Dia sekadar menggaru-garu kepala menunjukkan meter minyaknya.Huh,patutlah.Kami mula memberi buah fikiran masing-masing,namun yang terbayang hanya stesen minyak,yang terletak di pekan lebih kurang 8km lagi.

Kemudian,Usop,memberi idea dengan berkongsi minyak dengan motor sesiapa yang masih penuh.Mulanya rakanku seorang lagi,Akim keberatan untuk membantu kerana dia bimbang untuk mengeluarkan wangnya yang hanya tinggal beberapa keping wang biru untuk mengisi minyak.Tiba-tiba hatiku terdetik untuk menanggung wang minyak Akim.Aku menyeluk sakuku,namun yang ada hanya RM10.Aku mula berfikir,"Apa salahnya aku bayarkan.Lagipun situasi sedang gawat ni,lagi-lagi nak hampir maghrib".

Tanpa bercerita panjang,aku meyakinkan Akim yang aku akan membayar minyaknya.Dengas sebulat suara,Usop lincah menunjukkan kepakarannya.Alhamdulillah,motor Prof dapat hidup semula.Kami meneruskan perjalanan.
Setelah sampai,kami meneruskankerja-kerja memunggah barang.Walaupun kepenatan,tetapi aku gembira dapat membantu rakanku serta melayan kerenah mereka.

Tepat ke pukul 6,kami singgah ke stesen minyak dan terUskan perjalanan pulang.
Sesudah mandi,aku merasa sangat penat.Aku nekad mengambil langkah ke bilik lalu aku menghempaskan badan ke katil.Ya Allah,penatnya.Aku mengalihkan pandangan ke jam dinding.Tak apalah,baru ke pukul 8.Masih ada masa untuk rehat sebentar sebelum pergi latihan.

Aku terjaga dari tidur pada pukul 9.45,lalu aku segera mengambil wuduk dan menunaikan Isyak.Setelah selesai aku bergegas menukar pakaian.Tiba-tiba aku dapati kunci keretaku tiada.Aku bertanyakan ibu,lalu ibu berkata abangku sudah membawanya bersiar-siar.Aku merasa sangat geram.Dengan perasaan marah,aku segara mengambil topi keledarku,lalu aku nekad untuk berjalan kaki kira-kira 4km.
Ketika dalam perjalananku,aku didatangi seorang lelaki berpakaian gelap yang sedang menunggang motor yang berhenti tiba-tiba di hadapanku.Dia lekas memanggil namaku.

Pada mulanya aku berasa syak wasangka kepada lelaki itu,namun aku merasa lega tatkala mendengar suaranya.Rupanya Akim.Kebetulan pula dia terjumpa aku di bahu jalan,lalu dia menawarkan aku menumpang motornya.
"Takpelah,bro.Kan petang tadi kau dah 'tolong' aku"katanya.

Aku tersentak seketika dengan kata-katanya itu.Perasaan amarahku sebentar tadi dengan segera bertukar gembira.Memang benarlah,Allah Maha Adil.Dia sentiasa mengurniakan rezeki kepada hamba-hamba-Nya,tidak mengira susah mahupun senang.Kesusahan rakanku petang itu dapat diselesaikan dengan bantuanku.Dan siapa tahu,malam itu aku pula dibantu.Terima kasih, ya Allah.

"Aku mula sedar, daripada perbuatan kecil mahupun besar, masing-masing mempersoalkan keikhlasan, walhal keikhlasan itu adalah terbitnya dari dasar hati."


- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment