REFLEKSI 2011 ;)


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
                       Bismillahirahmanirahim..dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda.Tahun 2011 menyaksikan pelbagai peristiwa yang menarik bagi aku.Pertama sekali , mestilah mengenai  cuti semester di semua universiti tempatan telah diselaraskan oleh kerajaan , ini untuk memudahkan pelajar asing untuk mendaftar di universiti di Malaysia yang tercinta ini..Segala kesyukuran ku panjatkan untuk Mu YA Allah.Aku masih di sini meneruskan perjuangan yang baru, sedang dan akan bermula iaitu perjuangan menuntut ilmu tanpa pernah mengenal erti jemu serta melengkapkan diriku untuk menjadi seorang hamba yang dalam erti kata sebenar.Telah banyak onak dan ranjau ku tempuhi sepanjang perjalanan bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.Antaranya kekangan kewangan yang akan semakin meruncing tatkala tiba di penghujung semester, rindu pada keluarga, sanak saudara serta teman di Semenanjung membakar semangat ku untuk lebih bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu bahkan mengutamakan yang awliyat (utama).
                
             Entri kali ini ialah tentang refleksi tahun 2011 yang telah aku jalani.Setiap kali tahun baru menjelma, aku mesti berhadapan dengan soalan lazim iaitu azam tahun baru.Terus –terang aku katakan, semenjak bergelar mahasiswi jarang sekali aku meletakkkan azam yang baru. Bagi aku azam boleh diibaratkan sebagai niat, tidak perlu menunggu tahun baru, baru hendak membuat azam baru.Setiap hari, marilah kita sebelum tidur atau selepas tidur memperbaharui niat kita.Tanya kepada diri kita sama ada kita telah menjadi khalifah yang sebenar-benarnya. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Dzaariyaat {51:56} “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”. Sudah terang lagi bersuluh ,tujuan utama kita berada di dunia yang sementara ini ialah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya.Aku juga manusia yang hina, fakir serta diselaputi  futur (iaitu tidak sempurna) masih mencari-cari apa itu mardhotillah :keredhaan Allah.Maha suci Allah yang masih memberi peluang kepada setiap hambaNya untuk bertaubat selagi nyawa tidak dikerongkong.Aku perhatikan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia banyak di beri kemudahan jika hendak di bandingkan dengan Negara yang tidak maju @mundur seperti Somalia, India.Mentaliti yang makin membarah ialah apabila mereka tidak menghargai peluang yang berada di depan mata iaitu mendapatkan pendidikan yang sempurna.Tugas kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi bukanlah sekadar mendapat segulung ijazah kelas pertama tetapi adakah kita benar-benar mengamalkan ilmu yang dipelajari serta bersyukur kerana diberi peluang belajar.Marilah sama-sama kita menghayati kesusahan  saudara-saudara seIslam kita yang menderita kebuluran di Somalia,saban hari dihujani dengan bom , peluru tak bermata di Iraq..Betapa jalan yang Allah tunjukkan kepada kita begitu mudah,jika hendak dibandingkan dengan mujahadah yang dilalui oleh saudara-saudara kita di sana.Mari lah menadah tangan mengucap syukur dengan air mata yang berlinangan,janganlah menjadi hamba yang sombong, bongkak serta takabbur dalam melayari bahtera kehidupan yang sementara ini. Aku juga berharap penderitaan mereka berakhir dengan izinMu ya Rabb.
Nukilan,
Nurainin Sofia Halim J 9.35 a.m
Antara  aktiviti sepanjang tahun 2011 :
     SAMBUTAN AIDILADHA DI MASJID UMS 



MENDAKI UMS PEAK BERSAMA KAK TIRA ;0








SAMBUTAN HARI KELUARGA DI KARAMBRUNAI LAGOON PARK ANJURAN SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI 






DEMONSTRASI SILAT CEKAK HANAFI SEMPENA TAMU GADANG 28 NOVEMBER 2011










PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI KAMPUNG KOBUNI,INANAM 




 kerja2 mengecat ;0

keadaan surau yang telah dicat baru dan di bersihkan ;)


 p/s : SEMOGA HARI YANG MENDATANG DAPAT MEMBERI ANDA TENTANG NILAI KEHIDUPAN..INSYAALLAH ;0


Comments

Popular Posts