AHMAD AMMAR KEMATIAN YANG HIDUP


#PETIKAN DARI BUKU AHMAD AMMAR ~ PENCETUS KEBANGKITAN UMMAH  “SATU KEMATIAN YANG HIDUP “ (LEGASI 1993-2013)
 OLEH MEJAR (B) MOHAMMAD QAYYUM A.BADARUDIN
“Perlu ada keredhaan ALLAH dalam amalan kalian. SEKIRANYA ALLAH REDHA SEDANGKAN SELURUH DUNIA BERPALING DARIPADAMU, MAKA ITU TIDAK PENTING. Jika Dia menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah sepatutnya hanya redha ALLAH semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini~AHMAD AMMAR
Surah  Al-Baqarah ayat 218 : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang BERHIJRAH DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang.
Maqasid Syariah
Maksudnya : kefahaman mengenai tujuan-tujuan syariah, roh di sebalik sesuatu hokum dan tujuan hokum tersebut disyariatkan.
Takrif maqsid syariah
ü  Bagi menegakkan kebaikan atau kemaslahatan kepada manusia dan mengelakkan daripada berlakunya fasad atau keburukan.
ü  Pemeliharaan kepada fitrah manusia.

Priority syariah : Al-Dharuriyat (kepentingan asas) : perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam hidup seseorang insan. Jika dipisahkan daripadanya akan menyebabkan huru-hara dan terungkainya makna hidup seseorang insan.

5 PERKARA YANG PERLU DIPELIHARA
     i.        AQIDAH : Islam mengharamkan murtad dan perkara-perkara yang mengugat aqidah Islam sama ada gejala riddah atau memerangi Islam.
    ii.        NYAWA : Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak , membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, atau tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.
   iii.        AKAL : Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan akal sama ada dengan meminum arak, dadah ataupun apa-apa jua yang memabukkan dan memudaratkan.Tidak  juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang merosakkan akal.
   iv.        MARUAH ATAU KEHORMATAN /KETURUNAN: Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia , tidak juga membenarkan zina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah dan mencari kesalahan manusia.
    v.        HARTA : Islam tidak membenarkan merampas harta mencuri,merompak, memeras,menipu,menindas dan mengamalkan riba dan seumpamanya.

v  WHEN VISION IS CLEAR THE ACTION BECOMES EASIER

VISI : pernyataan tentang pandangan jauh ke depan mengenai usaha/urusan yang akan dibuat di masa hadapan.

MISI : Pernyataan tentang apa yang harus dikerjakan dalam usaha mewujudkan visi.

MISI USAHA : Cara mencapai tujuan atau alasan mengapa usaha itu ada.Misi juga memberikan arah sekaligus batasan dalam proses pencapaian tujuan.

Haji Ahmad Azam bapa kepada Ahmad Ammar membentuk Ammar melalui tiga pakej iaitu :
1)   Pembentukan intelek
2)   Pembentukan rohani/jiwa
3)   Pembentukan akhlak dan sahsiah

FORMULA WAWASAN UMMATIK :
a)    Meletakkan wawasan ummatik.
b)   Membiarkan nama sesuai dengan wawasan.
c)    Mendidik dengan adab
d)   Menghayati Al-Quran
e)    Memelihara solat dan menunaikan tahajjud.
f)     Menguasai ilmu yang diperlukan pada zaman itu
g)   Menguasai bahasa asing.
Maksud nama AMMAR : kuat iman , lemah-lembut dan bersifat memakmurkan
Visi tuan Haji Ahmad Azam : Kejar dunia seiring dengan akhirat
“RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AKHIRATI HASANAH WA QINA AZABANNAR “
Jika engkau mahukan teman, cukuplah ALLAH sebagai teman,
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru,
Jika engkau mahukan hiburan cukuplah Al-Quran sebagai bacaan,
Jika engkau mahukan nasihat cukuplah mati sebagai penasihat~ahmad ammar ahmad azam

#AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR .SEMOGA ROHMU MEWANGI DI SANA..AMIN



Hamba ALLAH,
NURAININ SOFIA BINTI HALIM

Comments

Popular Posts