BAGAIMANA NEGARA HARAM ISRAEL DITUBUHKAN?


Dear Lord Rothschild,
I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty's Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the Cabinet.
“His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.”
I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.
Yours sincerely,
Arthur James Balfour


PERUBAHAN DEMOGRAFI : 1918 - Kerajaan Ohmaniah kalah WW1. Palestin jatuh ke tangan British. Gelombang pertama Yahudi Eropah seramai 25000 orang memasuki bumi Palestin. Bilangan meningkat 55000 orang (8% penduduk ) dan Zionis berjaya memiliki 42000 hektar tanah (1.6% Palestin) dari merasuah pihak pentadbiran kerajaan Othmaniah. 




TINDAKAN BRITISH APABILA MEMERINTAH PALESTIN : Akta baru memudahkan kemasukan pendatang dan pembelian tanah kepada Yahudi (Suruhanjaya Peel) memberiautonomi serta membenarkan Yahudi mempunyai pasukan bersenjata. Tindas orang Arab (cukai tinggi, tidak dibenarkan beli tanah dan ada senjata.





Program pemindahan orang Yahudi ke Palestin. Antara pemimpin yang menentang British dan Yahudi . adalah Haji Amin al-Husayni (Mufti Baitulmaqdis) dan Sheikh Izz ad-Din al-Qassam. 


PEMBANTAIAN ORANG AWAM OLEH PENGASAS YAHUDI :  
  • Pengeboman Hotel King David pada 22 Julai 1946
  • 92 orang terbunuh
  •  Dilakukan oleh kumpulan pengganas Irgun dengan persefahaman Agensi Yahudi yang diketuai oleh David Ben Gurion
  •  Pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin di Desa Deir Yassin pada 9/10 April 1948
  • 250 orang terkorban
  •  Mangsa disiksa dan dikelar-kelar
  •  Angkara kumpulan pengganas Haganah di bawah Benahem Begin
  •  Pembunuhan ratusan orang awam di Desa Dawayma di Haifa pada 29 Oktober 1948
  •  Kibya, 14 Okt 1953, 75 orang dibunuh oleh tentera regim Yahudi
  •  Kafr Kassim, 19 Dis 1956, 49 orang dibunuh oleh Pengawal Sempadan regim Yahudi

PEMBUNUHAN BERAMA-RAMAI ORANG AWAM PALESTIN DI DESA DEIR YASSIN : Pada 9 April 1948 250 orang terkorban. Mangsa dikelar-dikelar dan disiksa. Angkara kumpulan pengganas Haganah di bawah Benaheim. 
Pembantaian di Masjid al-Ibrahimi, Hebron
• Seorang Yahudi menembak  umat Islam yang sedang solat berjumaah Subuh pada pagi Jumaat 15 Ramadhan/ 25 Februari 1994: 60 terkorban, 300 cedera parah
• Terletak di bandar Khalil al-Rahman (Hebron).
• Sejak 1967, pihak Yahudi telah berusaha merubah sifatnya. Beberapa bahagiannya, termasuk satu menaranya, telah dimusnahkan. 
• Kini separuh masjid tersebut telah dijadikan synagogue (rumah ibadat Yahudi). Ianya bermula 1972 apabila Mahkamah Agung Israel mengeluarkan perintah membenarkan orang Yahudi bersembahyang dalam masjid tersebut.
• Setelah peristiwa pembantaian 25 Februari 1994 pihak berkuasa membenarkan cuma 300 orang Islam solat di situ, setelah melalui pemeriksaan keselamatan elektronik yang cukup ketat. 
Apa Sikap Kita?

Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata “ Aku tiada peroleh kenderaan untuk membawamu”, lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak peroleh apa-apa yang mereka nafkahkan. (at-Taubah:82)

Kesimpulan
  •  Perjuangan mempertahankan al-Quds adalah tuntutan Islamiyyah
  • Palestin warisan para Anbiya’ pendokong ad-Din at-Tawhid, bukan penentang ALlah
  •  Palestin bumi barakah dan muqaddasah
  • al-Quds bumi Isra’ dan Mi`raj
  •  Palestin bumi letaknya Masjid al-Aqsa, Qiblat pertama Islam
  •  Tanah Suci Islam: Haram asy-Syarif
  •  Sejarah buktikan Palestin milik Arab dan Islam sejak asal lagi, dari puak Kanaan dan Filistin
  •  Entiti Zionis adalah entiti haram yang tiada asas undang-undang dan moral
  •  Gerakan dan regim Zionis pendokong fahaman tanpa asas manusiawi (apartheid)
  •  Kezaliman dan kekejaman regim Zionis dalam satu sejarah penuh penindasan dan pembantaian orang awam perlu ditentang.

LIHATLAH MEREKA!!
Memadailah saya kongsikan satu ibrah yang saya dapati drpd suatu video tentang Palestin, di mana seorang sheikh bertutur di dalam bahasa Arab yang bermaksud, 

"Wahai kaum muslimin. Saya menyeru kepada anda..saya memperingatkan anda.. apakah yang akan anda jawab di hadapan Allah subhanahu wa Taala kelak..ketika anda dibangkitkan..dan disebelah anda..ialah anak kaum Muslimin di Palestin.  
Kemudian anak itu akan berkata, "Ya Rabbi! Aku menyeru...meminta pertolongan kaum Muslimin untuk membantuku...tetapi tiada siapa yang menyahut..Di mana merekaya Rabbi! Ketika aku memerlukan mereka.."

Pada ketika itu...apakah jawapan kita kpd Tuhan sekalian alam? 

Mahu menafikan?
Bagaimana mahu menafikan, sedangkan anak itu kudung sebelah tangannya..buta kedua-dua matanya..ususnya terkeluar berjuraian drpd perutnya...darah merah mengalir segar membasahi kakinya..
p/s : moga Allah memberi keampunan kepada saya dan anda.. Jom doakan mereka..


Hamba ALLAH, 
Nurainin Sofia Binti Halim.

Comments

Popular Posts