JOM SOLAT TERAWIH BERJEMAAH DI MASJID





         Assalamualaikum, buat semua yang menjenguk blog saya ni.. Alhamdulilah sedar tak sedar dah 3 JULAI 2014 bersamaan 5 RAMADHAN 1435 H. Syukur kepada ALLAH S.W.T serta selawat dan salam buat Rasul junjungan ,keluarga serta sahabat baginda. Saya sudah pun memulakan latihan industri di Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) UniMAP bermula 1 Julai 2014 hingga 20 September 2014. Insha Allah semoga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan yang turut berjuang untuk menikmati alam pekerjaan. 

       Bulan Ramadhan ialah bulan di mana diwajibkan ke atas kita umat Islam untuk berpuasa selama sebulan seperti yang terkandung dalam Rukun Islam yang ketiga. BERPUASA ertinya MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA DARI TERBIT FAJAR SIDDIQ SEHINGA TERBENAM MATAHARI DISERTAI NIAT BERPUASA. Perkataan RAMADHAN berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagaiwaktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa. 

        Malam harinya pula kita digalakkan untuk menunaikan solat terawih. Ayuh mari kita rebut peluang untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid atau surau. Manfaatkan masa dan kesempatan untuk menyemarakkan semangat Ramadhan yang sepatutnya berkobar-kobar dalam diri kita. Ramadhan juga bulan yang istimewa apabila kitab Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan. Dihujungnya Allah memberi ganjaran malam Lailatul Qadar buat hambaNya yang ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya. Insha Allah, AYUH MANFAATKAN MASA YANG ADA :)

Kelebihan Solat Sunat Tarawih




Riwayat: 
 Muslim

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." 

Huraian Hadith: 
  1. Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir dan disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.
  2. Nabi Muhammad SAW  menggalakkan kaum muslimin para sahabat dan tabi’in selepas baginda supaya mengerjakannya. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah.
  3. Bilangan rakaat solat Tarawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Pada zaman Umar bin al-Khattab  RA orang ramai menunaikan solat Tarawih sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir).
SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI MEMBERI NILAI TAMBAH (ADDED-VALUE) ke dalam diri kita untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisi-Nya. wallahua''lam.

hamba ALLAH,
Nurainin Sofia bt. Halim

Comments

Popular Posts