MAKE THE DAYS COUNT

MAKE THE DAYS COUNT

Wednesday, July 16, 2014

Gencatan senjata hanya helah Israel


GENTING GAZA - PALESTIN. Sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam menolak cadangan pelaksanaan gencatan senjata diusulkan Mesir yang kononnya bertujuan untuk meredakan konflik di wilayah Gaza.

Menurut jurucakap al-Qassam, mereka masih belum menerima sebarang maklumat rasmi inisiatif tersebut.

"Persetujuan Israel untuk menjayakan gencatan senjata itu jelas menunjukkan muslihat terbaru mereka yang bertujuan mengaburi mata masyarakat antarabangsa," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi jaminan kononnya beliau akan membincangkan cadangan itu di Knesset.

Sementara itu, pemimpin kanan gerakan Jihad Islam, Khaled al-Batch memaklumkan kumpulan itu menyambut baik usaha Mesir yang mahu menghentikan serangan Zionis ke atas Gaza minggu lalu.

Bagaimanapun, mereka enggan menerima cadangan pelaksanaan gencatan senjata itu tanpa sebarang syarat.

"Mereka sepatutnya membincangkan syarat kandungan perjanjian gencatan senjata tersebut terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

"Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana Israel pernah melanggar perjanjian tersebut pada 2012. Tidak mustahil jika rejim Zionis masih menggunakan helah sama pada kali ini," tegasnya.

Katanya, perkara utama yang perlu dilakukan adalah memenuhi tuntutan penduduk Palestin dengan menamatkan sekatan haram dan membuka laluan sempadan.

Dalam satu kenyataan lain, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh memberitahu cadangan pelaksanaan gencatan senjata itu ada dimaklumkan kepada beliau.

"Segala-galanya dirancang rejim Zionis dan persetujuan melaksanakan gencatan senjata hanyalah satu lagi agenda licik mereka," katanya.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 189 penduduk Palestin terkorban manakala 1,350 cedera akibat serangan di Genting Gaza, laporan dipetik dari Al-Jazeera.

No comments:

Post a Comment