RAMADHAN USAH BIARKAN IA BERLALU


Bismilahirahmanirahim.. Syukur kepada ALLAH Tuhan sekalian alam, selawat dan salam untuk rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w keluarga dan sahabat baginda.  Sedar tak sedar  Ramadhan telah kita lalui selama 19 hari. Alhamdulilah di Malaysia Allah mengurniakan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada iaitu KEBEBASAN DAN KEAMANAN berbanding dengan saudara kita di Gaza, PALESTIN yang bertarung nyawa dan berjihad untuk mempertahankan bumi suci dan masjid AL-AQSA. ALLAHUAKBAR!!

           Rentetan para pejuang agama Islam di Gaza banyak menyentuh hati banyak pihak termasuk orang yang bukan beragama Islam. Isu yang dibahaskan atas dasar kemanusiaan. Kita sebagai orang Islam adakah tega melihat rakyat Palestin yang mengucap syahadah yang sama dengan kita menderita? adakah TEGA KITA UNTUK TIDAK PEDULI DENGAN NASIB RAKYAT PALESTIN? KENAPA HARUS PEDULI? DEMI ALLAH MEREKA IALAH SAUDARA KITA SENAFAS SATU SYAHADAH DENGAN KITA. KENAPA BEGITU SUSAH MENADAH TANGAN UNTUK BERDOA DEMI KESEJAHTERAAN MEREKA. KENAPA MASIH LALAI DAN LEKA DENGAN KENIKMATAN YANG ALLAH BERIKAN? TEPUK DADA TANYA MINDA..


           Sudah hampir seminggu saudara kita di PALESTIN menderita akibat bom yang dilontarkan secara rambang. Berpuasa walaupun nyawa di hujung tanduk. MasyaALLAH tidakkah kita berfikir? di bumi MALAYSIA kita mampu untuk menikmati makanan yang lazat. Masih mampu untuk ke bazar Ramadhan. Kemudian berbuka puasa bersama keluarga tercinta dengan suasana yang sungguh harmoni. Adakah kalian lupa saudara kita di PALESTIN mampu bergantung hati mereka kepada ALLAH. KERANA APA? BELUM TENTU DAPAT BERBUKA PUASA SEBELUM AJAL MENJEMPUT. Dentuman bom yang tidak mengenal erti mangsa. Di sini dentuman meriam buluh yang menghiasi telinga. Keesokkan harinya, NAH! TERPAMPANG DI DADA AKHBAR.. PUTUS JARI/ TANGAN AKIBAT MERCUN BUATAN SENDIRI. apa kalian mahu diuji seperti saudara kita di PALESTIN? yang berjuang mati-matian mempertahankan ISLAM? AYUH , BANGUN SEDARLAH SYUKURI NIKMAT ALLAH..


 Ramadhan yang datang hanya setahun sekali 
Mari diisi dengan amal ibadah. Bukan susah melakukan amal ibadah. Senyum itu sedekah, menuturkan percakapan yang baik itu amalan mulia, bertadarus al-Quran dapat menenangkan jiwa serta solat terawih mampu menambah kesyukuran pada yg Maha Esa. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan keinginan yang ada dalam diri setelah syaitan habis dibelenggu. Apabila berbuka puasa, janganlah gelojoh mengikut NAFSU DENGAN MAKAN SEBANYAK-BANYAKNYA. Mari ikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w ambil kurma dan makan. Kurma mengandungi kandungan gula yang baik untuk memberi tenaga setelah seharian berpuasa. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang BERSYUKUR DAN BERTAKWA. insha Allah..

              Belum tentu kita berkesempatan berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. AYUH !! ambil peluang yang diberi ALLAH untuk beribadah kepadaNya. Rendahkan hati kita, ya saya dan anda untuk terus sujud kepada ALLAH yang satu. SYUKURI NIKMAT YANG DIBERI. BERDOA UNTUK SAUDARA DI PALESTIN,SYRIA,IRAQ, PAKISTAN dan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

KLIK SINI ::  CAKNA ISU PALESTIN 2014
https://www.youtube.com/watch?v=JaoQ6_rW6fU

https://www.youtube.com/watch?v=ywjMZTVMr7k



Hamba ALLAH ,
Nurainin Sofia Binti Halim

Comments

Popular Posts