PENGAKHIRAN YANG BAIK BERMULA DENGAN PERMULAAN YANG BAIK

           Assalamualaikum...Segala puja dan puji hanya untuk Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianNYA dapat aku bernafas serta menyempurnakan ketaataan ku kepada mu YA Raabul Izzati serta selawat serta salam buat Rasul junjungan ,keluarga serta sahabat baginda sekalian.....

       PERJUANGAN ILMU DI SABAH VS PERSIAPAN KENDURI KAHWIN ALONG
      Hendak dijadikan cerita sepanjang hidupku inilah saat-saat yang aku nantikan.Tahun berganti tahun ,hari berganti hari ,akhirnya kekanda ku,Nur Haffieza Binti Halim disunting orang..Betapa agungNya kuasamu,10 Disember 2011 menjadi saksi.Aku bersyukur tatkala mendengar berita itu.Memang meriah rumah aku di perlis,aku tak berkesempatan pulang cuma bertanya melalui telefon bimbit.Ku dengar  suara lega abah,insan yang tak jemu-jemu mendidik kami di atas landasan Islam...Ibuku sebak tatkala puteri sulungnya disunting,ada saja paparazi yang nak berkongsi cerita dengan ku sepanjang aku di sana, Sabah.Betapa bahagianya aku untuk kak long hanya Allah yang tahu..Tak tergambar pengorbanan dia menolong abah dan ibu membesarkan kami.Nak imbau kenangan lama, perlu gali memori yang paling dalam.Awal tahun 2004,aku baru darjah 4,kak long dan abang tingkatan 5, adikku,Nurin baru darjah 2 dan adiku yang bongsu baru berusia 4 tahun,ibuku ditimpa stroke.Bayangkan kami yang sebelum ini enak menjamah air tangan ibu, terpaksa menjamah ikan goreng campur kicap dan lauk -pauk yang telah dibeli.Bukan aku tidak bersyukur, tapi sayu mengenangkan ibu yang ditahan di hospital gara-gara penyakit angin ahmar ini.Namun aku dan keluarga tak berputus asa.Setiap hari aku dan adik perempuanku mesti melawat ibu di wad di Hospital Besar Kangar.Pengalaman yang tak dapat aku lupa apabila aku dan adikku membasuh punggung ibuku yang membuang air besar.Bayangkan perasaan aku, walaupun masih mentah aku tak segan silu menolong ibuku.Aku sempat melihat  ibu menangis terharu melihat kami dua beradik menguruskannya..Aku sayang ibu dan abah.Manakala rawatan untuk memulihkan ibu memakan masa 1 tahun setengah.Berkat semangat tidak putus asa abah yang membawa ibu mengurut dengan izin Allah ibu ku dapat berjalan kembali walaupun tidak sesempurna dahulu...Opss nampaknya aku dah menyimpang dari jalan cerita aku nak sampaikan..hehe Aku di sana UMS Sabah bertungkus lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 3.Aku tak akan membiarkan masalah membelenggu diri,cepat-cepat mencari solusi.InsyaAllah..Bagi aku subjek yang paling minat dalam semester ini ialah Linear Algebra dan SPSS iaitu Pakej Statistik.Linear Algebra diajar oleh Prof Dr.Ho Chong Mun.Beliau yang menjadi inspirasi aku untuk berjaya.Beliau berasal dari keluarga yang susah namun berkat ketekunan beliau ,beliau berjaya belajar ke Jepun.Beliau selalu memberi kata-kata semangat kepada kami, pelajar aliran HSO8 DAN HS09 ;HS08: KOS MATEMATIK DAN EKONOMI ;HSO9: MATEMATIK DAN KOMPUTER GRAFIK.Aku menjadi lebih bersemangat.dan syukur dengan izin Allah dapat aku berkongsi ilmu dan membantu kawan-kawanku untuk memahami dengan lebih lanjut theorem yang kami belajar.

    PERJALANAN PULANG KE PERLIS
  11 Januari 2012 aku dengan semangat wajanya menjawab soalan Mandarin memandangkan itu subjek terakhir yang aku ambil untuk sem 3 ini.Selepas itu, aku menumpang kawan aku, Mea Rahman hantar aku ke epot.Memang teruja habis tambahan pula aku tidak membawa banyak barang balik.Jadi naik moto sajalah.Di "airport" aku menunggu dengan penuh kesabaran sementara hendak berlepas ke lcct.Di sana sepupu aku, abang Chik dan isterinya yang menjemput aku..Keesokkan harinya aku pulang ke Perlis menaiki bas.Sepanjang perjalanan mata aku tak puas-puas menjamah pemandangan hijau yang menenagkan mata aku ini..Syukur kepadaNya...Bas yang aku naiki berhenti di Sungai Perak untuk solat.Deria hidu ku cepat mengesan bau durian yang menyucuk-yucuk hidung..Musim durian la katakan..Akhirnya perjalanan diteruskan lagi sehingga aku selamat sampai ke Perlis kira-kira jam 6 petang.Abahku yang mengambil di perhentian bas Kuala Perlis..

MENGHITUNG HARI UNTUK WALIMATUL URUS
Sampai saja baiti jannati kak long aku siap-siap ingatkan aku agar rumah dikemas.Almaklum tinggal lagi seminggu sahaja lagi majlis tu.Aku yang mood baru nak rehat memang teruja habis la kemas bilik n rumah.hehe Biasa la nak dapat abang ipar kot..Mak Tam , mak saudara aku sempat juga aku p tolong apa yang patut kat Taman Setia.Mak Tam aku ni pandai masak n jahit.Baju akad nikah kak long aku dia yang design n jahit termasuk baju aku..hehe..Ternasuk lah langsir yang terhias indah kat umah aku ini.Terima kasih banyak Mak Tam.Mak Uda dan keluarga tolong buat hantaran dan beg untuk para tetamu yang hadir...Mak Ndak pun tolong tapi beliau tak bagi mention apa dia bagi so aku pun tak boleh nak mention kat sini..huhu..Aku bersyukur la dilahirkan dalam keluarga Bani Hashim Bin Sulaiman kerana semua saudara mara berkasih-sayang kerana Allah InsyaAllah..Dengan izin Allah kak long aku selamat jadi isteri orang.Alhamdulilah ...Majlis pun berjalan lancar.Dapat jugak aku berjumpa dengan kawan lama serta saudara  mara yang aku rindu.Syukur....

jom tengok :)
masjid ar-Rahmaniah

sanah helwah ye kak long 29 Januari 2012

sebelum akad nikah

kak long dan abah tersayang ,Halim Hashim

candy girl :)

dekat rumah keluarga sebelah abang long :)

Comments

Popular Posts