KASIH

“KASIH”
Kisah ini ku mulakan dengan penuh rasa kehambaan kepada Yang Maha Esa kerana memberi  aku peluang dan kesempatan untuk terus mengabdikan diri kepada Mu,Ya Rabb J .Cerpen ini dinamakan “KASIH” kerana ia berkaitan dengan ruang lingkup keluarga aku yang memang dilimpahkan kasih-sayang.Ku panjatkan Syukur kepadaNya..

“Kasih… o..kasih…!”,laungku.”Mana pergi adikku ni?”.Pelik.Puas ku belek ke  kiri dan kanan sambil mataku melilau mencari satu-satunya adik perempuanku. Tadi suruh aku masak, mana pergi budak bertuah ni,monolog aku sendirian..Tadi lapar sangat.Bertuah punya budak.Tiba-tiba sedang aku leka menyiang ikan, adikku,Kasih merangkul pinggangku dari belakang.Aku beristigfar panjang..”MasyaAllah kenapa kau ni dik,kalau kakak terpotong jari macamana? Nanti kuranglah mas kahwin kakak”,usikku.Adikku apa lagi galak mengusik aku.”Ala ,akak ni ada ke orang nak kat akak?? Akak dah la hitam,busuk,gemuk,”ujar Kasih.Makin galak mengusik..Aku hanya mencebik bibir dan menjegilkan mata tanda protes.Hari ini aku memasak ikan stim ala Thai.Aku belajar resepi ni dari mak cik aku yang merupakan pakar memasak dalam keluarga kami.Aku bersyukur meskipun usia ku masih mentah tapi aku mampu menyediakan lauk-pauk.Walaubagaimanapun,aku tidak cepat berpuas hati dengan hasil masakan aku, aku akan memastikan diriku mendapat komen yang membina dari ahli keluarga aku untuk memahirkan lagi  skil memasakku.Tambahan pula, ayahku memang seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak tanpa mengira jantina.Ku mengucap syukur kepada Ilahi kerana mengurniakan ayah dan ibu yang membimbing kami ke jalan yang benar dan diredhaiNya.Selesai memasak dan menghidangkan di atas meja , aku lantas memanggil ahli keluargaku untuk makan bersama.Masing-masing tampak berselera dengan air tanganku.

              Aku mempunyai dua orang adik,Kasih berumur 18 tahun manakala Luqman berumur 14 tahun.InsyaAllah jika tiada aral melintang,adik perempuanku bakal menduduki peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) pada hujung tahun ini.Luqman pulak kuperhatikan banyak menghabiskan masa membuat ulang kaji, almaklum tahun depan dia pula bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR).Kami sekeluarga hidup bersederhana, namun aku cukup bersyukur kerana Dia mengurniakan aku keluarga yang cukup untuk melengkapi diri masing-masing dengan kasih dan sayang kerana Allah S.W.T.Sedang aku mengelamun,mata aku menjadi kelam tiba-tiba.Tanganku meraba-raba tangan yang menutupi mataku.Rupa-rupanya Luqman yang menutup mata aku.”Kenapa Luqman?? Lama tak bermanja dengan kakak ke??,” aku bertanya acuh tak acuh.”Akak ni tak akan adik nak melawak kejap pun tak boleh?? Ketawanya kuat menambah geram di hati aku.Lantas ku capai bantal dan membaling ke arahnya.Pantas dia mengelak.Memang begitu rutin harian cuti semesterku.Sehari aku tak dibiarkan duduk dengan aman,ada- ada saja idea dua orang adikku untuk mengusikku.Apabila merah padam mukaku, baru mereka berhenti itupun tak lama kemudian mereka kembali ligat mengusik.

Abah dan ibuku rajin berkebun.Di halaman rumah kami ada pokok pisang,serai,pokok cili,pokok kari,dan bermacam jenis ulaman.Aku merasakan betapa penyayangNya Allah S.W.T kerana dengan izinNya kami dapat bercucuk tanam dan dapat memakan hasil rezeki yang ditetapkan Allah S.W.T.
Firmannya, “Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan,dan tanah yang buruk,tanaman-tanamannya tumbuh merana.Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur { Al-A’araf 7:58}.”

Semoga Allah menjadikan aku dan keluargaku dari kalangan orang yang bersyukur.Pernah masa aku  menolong ayahku berkebun,tiba-tiba semasa hendak mengalihkan seketul batu,dengan izin Allah aku sempat menjerit kecil.Terdapat seekor ular kelihatan menjalar di sebalik batu lalu sepantas kilat ayahku mengambil cangkul lalu membuang ke dalam longkang.Aku tidak berpuas hati dengan tindakan ayahku.”Abah,kenapa tak bunuh ular  tuh??,”tanyaku dengan tangan yang masih mengigil.Ayahku menjawab dengan penuh berhemah.”Kakak, ular tu tak kacau kita pun, Allah pun melarang hambaNya membuat zalim sesama  manusia apatah lagi  dengan  haiwan. Apa yang membezakan kita dan haiwan?? Akal fikiran lah yang membezakan kita dengan haiwan, jadi kita kena sayang haiwan dan kita kena cepat-cepat cari penyelesaian jika haiwan itu dikhuatiri memudharatkan kita! Faham sayang??,”jelas  ayahku panjang lebar sambil tersenyum.Aku mengangguk lemah kagum dengan ketinggian keperibadian ayahku..

           “Kakak oo kakak,” laung ibuku dari dalam rumah.Aku lalu bergegas masuk ke dalam rumah mencuci bersih tangan ku dengan sabun Dettol untuk menghilangkan kuman.Aku lalu menyambut dulang yang memuatkan teko air yang berisi air kopi panas serta jemput-jemput goreng.Aku memanggil adik-adikku untuk minum petang sekali.Mereka yang leka bermain badminton terus berhenti bermain badminton lalu menerkam bak harimau kelaparan lagaknya  untuk minum petang.”Tak nak basuh tangan ke sayang?,” Tanya aku sambil menjegilkan mata ke arah adik-adik aku.”Ala, akak ni pembersih sangat la,” rungut Luqman dan Kasih sambil berlalu membasuh tangan.Lalu tak lama kemudian mereka makan dengan penuh selera.Kebetulan pula angin petang meniup-niup sepoi bahasa memang mendamaikan di pekan Kuala Perlis ini.Selain beriadah dengan bermain badminton ataupun berjoging, aku turut mengajak adik-adik aku mengemas rumah.Aku ingin membiasakan  mereka dengan kebersihan yang amat dituntut dalam Islam.Alhamdulilah setakat ini mereka tidak berat tulang membantuku mengemas rumah.Selesai saja minum petang,kami tiga beradik masuk ke rumah.Masing-masing mengambil giliran mandi.Ayahku membiasakan kami berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid yang berdekatan dengan rumah kami.Ayahku selalu berpesan kepada kami agar tidak meninggalkan solat wajib kerana ia diibaratkan jam bagi setiap diri Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah.

           Ayahku berpesan lagi sambil membaca tafsir dari surah At-tur {52:56} “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU.” Betapa besar pengertian hidup setiap insan di muka bumi ini serta di beri tanggungjawab sebagai khalifah yang bisa memakmurkan bumi jika kehidupan berpaksikan keimanan seperti mana yang digariskan dalam Al-Quran  serta mengamalkan sunnah Rasulllulah.Islam sememangnya agama yang indah serta mudah  jika benar-benar dihayati dan tidak diamalkan secara membuta –tuli.
       Kami sekeluarga bersalam-salaman setelah selesai solat Isyak.Laju mulut Luqman mengusulkan untuk makan malam.Biasanya jika ayahku tidak sibuk dengan mesyuarat persatuan teksi,kami sekali sekala makan di luar bersama.Aku benar-benar dapat melempiaskan kerinduan ku kepada ibu,abah serta adik-adik sementelahan aku masih menuntut di negeri di Bawah bayu.Aku tidak menjadikan alasan sebagai pelajar untuk tidak bertanya khabar keluargaku sepanjang berada di sana.Walaupun  jauh namun aku sesekali tidak mengkhianati amanah yang diberikan oleh  ibu bapaku iaitu ingin melihat aku berjaya dalam pelajaran serta mentaati perintah mereka walau dimana aku berada.Sepanjang aku belajar di Sabah,setiap kali ingin keluar ke bandar aku akan pastikan diriku mendapat keizinan ayahku. Aku berasa senang dan tenang  berbuat demikian supaya ayahku jelas dengan matlamat dan tujuan aku ke bandar.Segala pujian hanya pada Allah selama aku menuntut di sana Allah telah memberi kekuatan zahir dan batin untuk terus menuntut ilmu tanpa jemu walaupun sesekali sikap malas menerpa sanubari.
              Ku jadikan surah Yusuf ayat 87 { 12:87} ”Dan Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat ALLAH hanyalah orang-orang yang kafir ” sebagai pegangan diriku tatkala diriku dihempas ombak kecewa mahupun malas ketika menuntut ilmu. Alhamdulilah perjalanan menuntut ilmu semakin mudah saban hari.

              Aku masih seperti dulu dengan prinsip ku untuk berbakti kepada Allah S.W.T yang menjadi awliyat dalam kehidupanku serta kedua ibu bapaku kucurah bakti sedaya upayaku.Prinsip hidupku yang utama ialah taat padaNYA.Bagiku taat padaNya merupakan kunci kepada setiap kehidupan manusia yang bergelar Muslim.Jika hilang kunci tersebut maka hilanglah kehidupan.Sesekali ku bemuhasabah diri ini,kekadang mudah tewas dengan hawa nafsu serta godaan syaitan durjana.Syaitan telah berikrar merosakkan setiap jiwa anak Adam sepertimana pernah diikrarkan dan termaktub dalam surah Al-A’raf ayat 17{7:17} “Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan,dari belakang,dari kanan,dan dari kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”
   
            MasyaAllah sampai begitu tekad sekali syaitan laknatullah berdendam dengan kita manusia yang diciptakan dari tanah.Mahasuci Allah Engkau tempatkan kami di kalangan yang bersyukur dengan nikmatMu.Pantas ku berdoa dalam hati.Beginilah kisah kasih aku sekeluarga yang cuba menerapkan nilai-nilai Islam yang begitu indah.Sesungguhnya kepadaNya tempat kami berserah diri serta kembali. :D

Nukilan :Nurainin Sofia Binti Halim

lampiran : 
penghibur jiwa:Muhammad Adib Faiz Bin Halim dan Nurin Jazliena Binti Halim

Kesayanganku : Encik Halim Bin Hashim dan Puan Fobiah Binti MD Zain





Comments

Popular Posts