Perjalanan Hidupku...


Alhamdulilah sekarang dah masuk hujung tahun dan akan bertemu dengan tahun baru 2016. Aku bermohon yang baik2 sahaja dari Allah atas kenikmatan hidup yang Kau kurniakan kepadaku.  Ampunilah dosa hambaMu ini. Terima kasih kerana memberi rezeki aku di Stradford International College. Aku berpeluang menjadi pensyarah Matematik dan Ekonomi.
Betapa aku mengimbau kenangan semasa aku masih bergelar pelajar Universiti Malaysia Sabah. Banyak kenangan manis dan pahit telah aku lalui. Dari seorang mahasiswa aku bergelar alumni. Subhana Allah banyak perkara yang aku pelajari. Kehidupan yang mencabar. Belajar sambil bekerja sebagai guru mengaji di Kelas Mengaji Al-Baghdadi Kingfisher dan menjadi guru tutor kepada Mahathir. Sabah memang tempat yang istimewa bagi aku.
Dah setahun aku meninggalkan bumi Sabah. Terima kasih untuk pengalaman hidup yang Engkau kurniakan kepadaku. Hamba Mu ingin berterima kasih untuk segala nikmat yang Kau berikan. Kau selalu ada saat aku buntu,saat aku lemah , saat aku hiba, saat aku kecewa, saat aku lelah. Terima kasih untuk semua kekuatan yang Engkau pinjamkan untuk hambaMu yg lemah ini..
Insha Allah aku niatkan pekerjaan aku untuk meraih redaMu ya Ilahi dan redha kedua orang tuaku. Ilmu yang sangat cetek dalam diriku akan ku kongsikan dengan para pelajarku. Permulaan yang baik akan mendapat pengakhiran yang baik. Semuanya akan baik-baik belaka.
Ya Allah hidup dan matikanlah kami dalam nikmat Iman dan Islam. Akhirilah pengakhiran hidup kami dengan khusnul khatimah.. Amin ya Rabbalamin. Alhamdulilah..

Hamba Allah,

Comments

Popular Posts